Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat Hari Cikgu buat guru2 di seluruh Malaysia..Tema tahun ini “Guru Pembina Negara Bangsa”.Walaupun kita dah tak bergelar sebagai pelajar, kita jg masih boleh meraikan hari guru ni dgn guru kita masa sekolah dulu. At least kita wish kat cikgu2 kita, sure diaorang gembira dan terharu kerana ada lg bekas pelajarnya yg mengingati mereka. Walaupun zaman persekolahan dah lama kita tinggalkan, tapi kenangan bersama guru sewaktu kita menimbang ilmu di sekolah dulu mesti masih utuh dlm minda kita kan??
Korang byk tak kenangan pahit manis dgn ciku2 korang? Jasa cikgu ni tak dpt kita balas dengan hanya ucapan terima kasih sajer.. Kita jg perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Agar terus tabah dlm mendidik anak bangsa di zaman yg penuh mencabar ni. Zaman persekolahan aku dulu… jrg sgt2 la kes murid kurang ajar ni berlaku, tp zaman moden ni, mcm2 gelagat anak2 murid, nak marah tak boleh,apatah lg nak rotan..Kalau tersalah cubit, mau nya si bapak dtg bercekak pinggang di sekolah.
Masa aku sekolah rendah dl, aku pernah kena rotan dgn pembaris kayu kuning yg besar tu, hingga lekat kaler pmbaris tu kat tapak tgn aku, bengkak 1 hari, gara2 slh baca sifir,huhuhu…tapi aku lngsg tak berdendam dgn cikgu,hasil kena rotan tu, aku jd lebih bersemangat utk belajar. Result matematik aku lepas kena rotan tu makin baik tau…
Anyway, aku ingin ucapkan sekali lagi, SELAMAT HARI GURU buat cikgu2 tersayang di seluruh Malaysia…Semoga jasa murni kalian mendapat balasan yang baik di dunia dan di akhirat..