Masih ingat dengan kes pengubahan wang haram yang berlaku tahun lepas.Tahun lepas memang banyak sistem pengubahan wang haram.Mereka tergolong dalam dua kategori , melalui online dan offline.Kalau melalui online seperti abfund , eaindex dan sebagainya.Kalau offline seperti Jai Network Sdn.Bhd.

Aku juga salah seorang mangsa penipuan Jai Network Sdn Bhd.Tapi nasib baik , aku mendapat kembali modal.Sebenarnya kita tertipu dengan teknik-teknik yang digunakan oleh mereka.Sebagai contoh bagaimana Jai Netwok Sdn Bhd menipu kita.Mereka berselindung di sebalik jualan alat penjimatan minyak iaitu stromberg.Mereka mengatakan keuntungan diperolehi melalui jualan produk tersebut di luar negara.
Yang sebenarnya , keuntungan yang kita perolehi adalah melalui ahli-ahli baru yang menyertainya.Sedikit diberi kepada kita , sebanyak mungkin di perolehi oleh mereka.
Aku membangkitkan isu ini kerana Mahkamah Sesyen Kuantan,membenarkan Dr Jailani Jabar, 48, yang juga Pengarah Jai Network System Sdn Bhd yang menghadapi 106 pertuduhan menerima sejumlah wang hasil daripada pengubahan wang haram dibebaskan dengan jaminan RM1 juta.Dr Jailanai Jabar menerima sejumlah RM98.7 juta daripada sumber tidak sah menerusi akaun syarikat itu.
Aku rasa terkilan kerana beliau dibebaskan dengan jaminan RM1 juta.Aku rasa tidak patut beliau dibebaskan setelah apa yang beliau lakukan kepada rakyat Malaysia.Rakyat yang menerima padah tetapi kerajaan yang untung.Sepatutnya , duit tersebut dipulangkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

betul tu x patut ia dibebaskan disebabkan dialah ayah saya kehilangan banyak wang sepatutnya dia harus dikenakan penjara seumur hidup