Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mungkin hari ini , esok , lusa dan blalalalalala…Pak Lah akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan menyerahkan Jawatan Perdana Menteri kepada Dato Sri Najib Tun Razak sebagai pengantinya.Aku rasa besar pengorbanan beliau , “teringat aku kata-kata Dato Sri Najib masa perhimpunan Agung UMNO , sesetengah orang nak letak jawatan ketua cawangan pun susah , inikan pula jawatan no satu negara ” .
Pengorbanan Pak Lah jangan kita perlekehkan dan permainkan.Pada pandangan aku , beliau seorang pemimpin yang baik tapi kebaikan dia dipergunakan dan dipersalahkan oleh segelintir masyarakat.Aku masih ingat pilihanraya 2004 (BN menang besar – beliau dipuji ) , pilihanraya 2008 (BN kalah teruk – beliau dikritik dan dikutuk ).Itulah adab resam manusia.Semoga Pak Lah ” aku hidup bererti , menikmati damai abadi ” .
Sajak Pak Lah Mula-Mula Jadi Perdana Menteri – Ku Cari Damai Abadi :
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al Ghazali,
Aku cari mana dia Al Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman,
Kita bongkar rahsia sunnah nabi,
Cari panduan,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mengcukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi,
