Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Public Gold Melebarkan Sayap ke Brunei dan Singapura

Posted on August 1, 2012 by Sabri Ahmad

PUBLIC GOLD Marketing Sdn Bhd (Public Gold) menyasarkan membuka dua lagi cawangan terbaru di Singapura dan Brunei menjelang akhir tahun ini dalam usaha melebarkan sayap perniagaannya ke luar negara.

Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Public Gold, Datuk Louis Ng Chun Hau berkata, ketika ini Public Gold mempunyai 14 cawangan di seluruh negara dan tiga lagi cawangan akan dibuka di Kota Kinabalu, Kajang serta Klang selain mengintai pasaran baru di Thailand dan Indonesia tidak lama lagi.

Beliau berkata, sejak Public Gold memulakan operasi pada 2009, jumlah pengedar serta pelanggannya setakat ini mencecah 30,000 orang dan menjelang akhir 2013, pihaknya meletakkan sasaran 40,000 orang.

“Paling membanggakan apabila Public Gold buat pertama kalinya mencipta reka bentuk unik syiling emas dan perak untuk Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“Wang syiling berkonsepkan 3D dalam dominasi lima dan 10 dirham serta lima dinar dan 10 dinar itu sudah diserahkan dan digunakan sebagai hadiah atau cenderahati untuk tetamu Diraja,” katanya ketika ditemui di Pulau Pinang.

Ng berkata, pihaknya turut menawarkan tempahan set istimewa dengan reka bentuk dan corak tersendiri yang dipilih pelanggan mengikut terma dan syarat syarikat iaitu 5,000 unit ke atas.

Menurutnya, Public Gold juga akan memperluaskan pasaran dan menjadi satu daripada lima syarikat popular di Malaysia, malah paling penting menjadi pusat sehenti emas fizikal dunia.

“Kami juga menyediakan perkhidmatan peti simpanan dengan 5,000 peti keselamatan dilengkapi ciri Chubb Safes dan ia antara yang terbesar di negara ini serta dilindungi insurans yang dijamin selamat,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (603)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
  • Enam Kelebihan Utama Simpanan Emas
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme