Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

PPIM Gesa Hati-Hati Aktiviti Pelaburan Emas

Posted on January 18, 2015 by Sabri Ahmad

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menasihati orang ramai supaya berhati-hati sebelum terjebak dalam penipuan pelaburan emas yang semakin berleluasa hari ini, serta menyemak dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) terlebih dulu.

Presidennya PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, mereka menerima banyak aduan daripada orang ramai selepas ditipu dalam skim itu kerana kecuaian tidak menyemak dengan pihak berwajib.

ppim pelaburan emas

“Kebanyakan aduan yang kami terima memberitahu mereka tidak menerima bayaran daripada syarikat yang pelaburan emas walaupun dijanjikan sebelum ini,” kata Nadzim pada sidang media di ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur hari ini.

Nadzim berkata, skim pelaburan emas ini menjalankan modus operandi dengan menjanjikan pulangan yang lumayan sehingga memperdaya orang ramai yang mahu untung cepat.
“Jual beli emas ini akan menawarkan harga emas dengan kadar tertentu sama ada mahal atau murah daripada harga pasaran dan pelanggan dijanjikan keuntungan bulanan oleh penganjur atau agen,” katanya.

Sebagai contoh, penganjur atau pengelola akan melantik agen di mana emas dijual lebih murah daripada harga pasaran dan kemudiannya dijanjikan dengan imbuhan bulanan.

Dalam aktiviti ini, pihak yang terdedah kepada risiko ialah agen kerana mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan emas ini dengan pelabur.

“Penganjur guna agen dan agen pula kena ada syarikat. Pengelola akan selamat sebab berurusan perniagaan dengan agen.

“Agen akan buat jualan dan kumpul duit daripada pelanggan. Namun agen terdedah kepada bahaya sebab boleh dikenakan caj di bawah Akta Pengambilan Deposit Awam tanpa lesen,” katanya.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila imbuhan atau barang tidak diterima oleh pelanggan maka agen berdepan risiko besar.

“Sekiranya imbuhan atau barang tidak diterima pelanggan maka agen sebagai orang tengah yang berisiko sebab agen yang buat urusan dengan pelanggan,” terangnya.

Apabila situasi ini berlaku, agen terpaksa berdepan dengan hutang kerana mereka mengambil wang daripada pelanggan tapi syarikat pelaburan emas yang tidak sah tersebut hilang tanpa dapat dikesan.

“Apa yang berlaku sekarang ialah agen dah kira berhutang dengan pelanggan sedangkan agen hanya orang tengah.

“Pengelola sudah sapu semua sama ada emas atau duit dan ini menyebabkan agen terbeban dengan hutang,” katanya.

Menurut PPIM terdapat berpuluh-puluh syarikat pelaburan emas yang sudah disenaraihitamkan BNM daripada senarai 182 keseluruhan syarikat atau perniagaan atas talian yang tidak sah.

Antara syarikat pelaburan emas yang tersenarai hitam dan dipantau PPIM sendiri ialah CGF Fine Metal Sdn Bhd, Darul Emas Perak Bhd, GGF Golden House Sdn Bhd.

Nadzim dalam pada itu menggesa supaya orang ramai berhati-hati dan menyemak terlebih dahulu dengan BNM sebelum membuat sebarang pelaburan yang kelak akan merugikan diri mereka sendiri.

“PPIM mengharapkan agar pengguna terus bijak dan tidak mudah tertipu dengan skim sebegini, berusaha dapatkan maklumat perniagaan daripada agensi yang diiktiraf sebelum membuat pelaburan dalam mana-mana syarikat. – 16 Januari, 2014.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ppim-gesa-berhati-hati-dengan-aktiviti-penipuan-pelaburan-emas#sthash.sUYpe7yF.dpuf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 thought on “PPIM Gesa Hati-Hati Aktiviti Pelaburan Emas”

  1. Abdfatah says:
    February 10, 2015 at 10:02 pm

    Emgoldex camner?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (603)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
  • Enam Kelebihan Utama Simpanan Emas
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme