Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Polis Tahan Datuk Seri, Jual Syiling Emas Potret Sultan Pahang

Posted on January 9, 2019 by Sabri Ahmad

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki bergelar Datuk Seri dipercayai terlibat dalam penjualan syiling emas menggunakan potret Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan jata Sultan Pahang tanpa kebenaran.

Suspek berumur 31 tahun dan berasal dari Petaling Jaya, ditahan dalam satu serbuan di sebuah restoran di Sri Gombak, Selangor, pada jam 7.15 malam tadi.

“Kita tahan suspek selepas menerima laporan polis daripada Pegawai Penyelaras Keselamatan Tengku Abdullah, selepas mendapat titah Tengku Abdullah untuk membuat laporan berkenaan pada 28 Disember lalu,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof.

Menurutnya, hasil serbuan itu, polis turut merampas satu syiling emas tertera potret Sultan Ahmad Shah, satu syiling emas Tengku Abdullah tertera jata negeri Pahang, serta buku katalog.

Katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, siasatan mendapati suspek membuat dua syiling emas dengan tujuan diserahkan kepada orang tengah supaya mendapat perkenan untuk berjumpa Tengku Abdullah.

Perjumpaan itu dipercayai dirancang bagi memperoleh kebenaran menjalankan perniagaan menjual syiling emas itu.

“Kos pembuatan syiling emas yang dianggarkan RM8,000 setiap satu dipercayai untuk dijual pada harga RM18,880.

“Kita masih lagi mengesan seorang lagi suspek bergelar Datuk, dipercayai rakan suspek, bagi membantu siasatan berhubung kegiatan membuat syiling emas itu.

“Siasatan juga mendapati suspek dipercayai cuba melakukan penipuan melalui pembuatan syiling emas ini sebelum dijual kepada orang ramai,” katanya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-tahan-datuk-seri-tipu-jual-syiling-emas-potret-sultan-pahang-195493

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (603)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
  • Enam Kelebihan Utama Simpanan Emas
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme