Pisang pun boleh di jadikan senjata merompak yee..ish3, kreatif la tu agaknya. kalau tak tertangkap tak per tapi kalau kena tangkap kan tak berbaloi..Kira berani juga la si perompak tu, dah desperate sangat la tu. Cerita benar ini berlaku di WINSTON-SALEM North Carolina.
Mangsa ialah seorang pemilik sebuah cafe internet, walaubagaimanapun niat perompak tu berjaya di patahkan oleh pemilik cafe dan pelanggannya. Perompak tu memeras wang dan mengatakan yang dia ada pistol dalam bajunya,tapi berjaya juga perompak tu di tangkap. Apa yang paling lawak, sementara menunggu polis datang, si perompak tu sempat lagi memakan pisang yang dia jadikan pistol tu. kah3…
WINSTON-SALEM, North Carolina 17 Mei – Seorang pemilik kafe Internet di sini dan pelanggannya berjaya mematahkan cubaan seorang remaja 17 tahun yang mahu merompak dengan menggunakan pisang dalam baju yang didakwanya adalah sepucuk pistol.
Dalam kejadian Khamis lalu, remaja berkenaan, John Szwalla memasuki kafe tersebut dan memeras wang, dengan mendakwa dirinya memiliki pistol.
Pemilik kafe, Bobby Ray Mabe dan pelanggannya menyerbu dan menahan Szwalla sehingga polis datang.
Sementara menunggu itu, Maba berkata, remaja berkenaan memakan pisang tersebut. – AP (utusan)
