Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Pengeluaran Dinar Emas Bercanggah Peraturan Pusat

Posted on August 13, 2010 by Sabri Ahmad

KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan semalam melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai mata wang alternatif untuk pelbagai urusan termasuk perniagaan, membeli belah dan pembayaran zakat di negeri ini.

Bagaimanapun mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang, tidak timbul soal mata wang alternatif atau tidak walaupun hanya untuk urusan jual beli di negeri itu.

Kementerian Kewangan dan BNM akan mengkaji tindakan yang boleh diambil berhubung perkara ini, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai tindakan kerajaan Kelantan melancarkan dinar dan dirham yang akan digunakan di kira-kira 1,000 premis perniagaan di sekitar negeri itu, termasuk Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Bazar Buloh Kubu dan Pasar Siti Khadijah.

Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata berdasarkan kajian, penggunaan dinar dan dirham dalam urusan perniagaan di negeri ini tidak bercanggah dengan peraturan ditetapkan BNM.
“Kajian sudah dilakukan dan ia tidak bercanggah, kita ikut laluan yang betul dan kalau ada apa-apa kita boleh runding, katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Mata Wang Syariah, Dinar dan Dirham Kelantan di sini, semalam. Pada majlis itu, Nik Aziz turut menyampaikan sijil dan pelekat kepada rangkaian peniaga negeri ini yang bersedia menerima dinar dan dirham sebagai medium jual beli.

Sebagai simbolik perasmian, Nik Aziz turut menyerahkan pembayaran gaji pertama kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Mustafa Salleh, menggunakan dinar.

Sementara itu, pakar ekonomi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Amir Hussin Baharuddin, turut mengesahkan pengeluaran mata wang di luar bidang kuasa kerajaan negeri, malah tindakan kerajaan PAS Kelantan itu tidak praktikal dan tidak kena pada caranya.- Berita Harian Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 thoughts on “Pengeluaran Dinar Emas Bercanggah Peraturan Pusat”

  1. Bullion And Dinar says:
    August 13, 2010 at 9:56 pm

    pulak dah?
    haih.
    kita tgk la macammana keadaannya nanti.

  2. Sabri says:
    August 13, 2010 at 10:03 pm

    yup…tak tahu ler apa cerita nyer….tunggu dan lihat ler tapi kalau kita asyik tunggu dan lihat x kemana kot

  3. carl_zafran says:
    August 14, 2010 at 12:20 am

    Diorg tak dpt faedahnya mesti la bercanggah dgn peraturan pusat..tapi kalo bercanggah dgn Islam xpe kot.apa ade hal..

  4. Sabri Ahmad says:
    August 14, 2010 at 3:22 pm

    http://www.malaysiakini.com/news/139985

  5. Sabri Ahmad says:
    August 15, 2010 at 9:19 am

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

  6. Muhamat says:
    August 15, 2010 at 6:25 pm

    Assalaimulaikom,
    Kalau bercanggah itu tak jadi masalah. Bukan Kelantan sahaja yang keluarkan product ini. Anggap sahaja Dinar Emas Kelantan sama produk syarikat-syarikat lain

  7. Sabri Ahmad says:
    August 15, 2010 at 8:30 pm

    betul-betul , nak menggunakannya atau tidak hak individu itu sendiri

  8. zharif says:
    August 17, 2010 at 11:17 am

    duit kertas xde nilai pun..

    sila baca ni..

    http://zharifalimin.blogspot.com/2010/08/cerita-wang-rahsia-sebenar-bahagian-1.html

    BNM = zionis ….mgkn agak keterlalauan..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (603)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
  • Enam Kelebihan Utama Simpanan Emas
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme