Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Nik Aziz: Memijak gambar pemimpin negara memalu dan mendukacitakan

Posted on September 3, 2012September 3, 2012 by Sabri Ahmad

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan memijak gambar pemimpin negara pada malam sambutan Ambang Merdeka di Kuala Lumpur, Khamis lalu sebagai amat memalukan dan mendukacitakan.

Nik Abdul Aziz berkata, perbuatan itu tidak melambangkan sikap orang Melayu dan Islam yang diajar agar tidak melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menyebabkan mereka marah jika orang lain melakukan perkara sama terhadap mereka.

“Perbuatan (pijak gambar) ini bukan kerja orang Melayu, bukan kerja orang Islam tetapi benda lain. Ini sangat mendukacitakan dan memalukan. Lainlah kalau perbuatan ini dilakukan orang bukan Islam tetapi gambar yang saya tengok seperti orang Melayu,” katanya.Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian kepada pemberita ketika hadir pada Majlis Aidilfitri Sinar Harian di Pejabat Sinar Harian Kelantan, dekat Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Beliau mengulas perbuatan memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor yang didakwa dilakukan segelintir peserta Himpunan Janji Bersih, Jumaat lalu, seperti disiarkan media sosial.

Mengulas perbuatan peserta himpunan sama yang mengibarkan bendera yang didakwa akan menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa, Nik Abdul Aziz mengingatkan, usaha menukar bendera bukan sesuatu yang senang dan perlu kepada perbincangan yang memakan masa bertahun-tahun.

“Tujuan apa nak tukar bendera (sedangkan) bendera kita sudah diterima masyarakat dunia dan tidak ada cacat cela. Yang cacatnya, pemikiran manusia yang buat bendera itu sendiri,” katanya.

Justeru, beliau melahirkan rasa dukacita atas apa yang berlaku pada himpunan itu sama seperti perasaannya terhadap kejadian menimpa bas Jelajah Merdeka Rakyat dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disimbah cat dan cerminnya dipecahkan di sini, semalam.

“Umno dan Pas sudah banyak berdamai, berbanding dulu, pintu gerbang pun orang tumbangkan. Sekarang ini, Umno tidak kacau Pas dan Pas tidak kacau Umno, tiba-tiba buat perkara memalukan ini, hentam bas, pecahkan cermin, ini tidak patut berlaku langsung,” katanya. – Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp