PUTRAJAYA – Buat pertama kali, tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lepas di Penjara Wanita Kajang, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Sambil merujuk kepada hukuman sebatan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor yang belum pun dilaksanakan, beliau berkata, kes itu sengaja digembar-gemburkan kerana jelas dari segi pelaksanaan hukuman sebat itu menunjukkan pesalah tidak mengalami kecederaan.
“Apa yang digembar-gemburkan dalam kes Kartika itu menimbulkan kebimbangan orang ramai, saya harap janganlah hanya fokus kepada satu kes yang belum dilaksanakan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.Kosmo

Eloklah tu dari takde langsung…Skit2 dulu, mungkin lepas nie ada pulak yg lain2…
Sekurang2 ada bahawa hukum islam nampak di mata masyarakat..takut benda macam ini ada unsur sensasi untuk pihak tertentu
Alhamdulillah. Dah mula ke arah transformasi lebih baik. Mudah-mudahan lepas ni makin meluas.
buat jee…jangan kepoh-kepoh…