Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Nak Tahu Apakah Pelaris Iklan

Posted on November 19, 2015November 22, 2015 by Sabri Ahmad

Ayat iklan sangat penting untuk mempengaruhi pelanggan supaya terus menatap, membaca, merenung dan tertarik untuk baca sampai habis. Inilah pelaris terkini dalam dunia serba digital, prospek hanya membaca iklan yang mampu membuatkan mereka tertanya-tanya dan kebetulan kena atas batang hidung sendiri.

image

Berikut ialah beberapa perkataan magik sebagai pelaris iklan yang boleh kita gunakan. Kesemua perkataan ini perlu disusun cantik membentuk ayat yang  berahi, berani, gempak dan wow!

1. Percuma
2. Bagaimana
3. Terbaru / Terkini
4. Memperkenalkan
5. Baru tiba
6. Revolusi
7. Keajaiban
8. Rahsia
9. Tawaran
10. Cepat dan Mudah
11. Tawaran Terhad
12. Terbukti
13. Alami
14. Gerenti
15. Pernah
16. Tercari-cari
17. Runsing / Pening / Penat / Bosan / Letih

——————-

Bina headline yang menarik supaya prospek tertarik untuk terus membaca. Fikirkan idea-idea segar supaya mudah diadun bersama produk atau perkhidmatan yang kita mahu tawarkan. Fokus kepada penyelesaian pelanggan dan manfaatnya kepada mereka.

Contohnya begini.

1. Bagaimana lelaki ini boleh bantu anda mengurangkan kesakitan Gout ?

2. Terbukti berkesan, badan lebih sado selepas 7 hari !

3. Gerenti kenyang! Percuma Burger Unta dengan setiap pembelian RM10 ke atas.

4. Alami sendiri keajaiban Makjun Torpedo ini !

5. Bosan asyik masak menu yang sama untuk suami ? Dapatkan resepi…

6. Letih mengemas rumah setiap hari ? Dapatkan servis door to door…

7. Runsing anak selalu menangis malam ? Cubalah minyak….

———————-

Saya cuma berikan contoh mudah sahaja, mudah-mudahan ia memberi sedikit sebanyak manfaat dan idea baru untuk Tuan melakar ayat iklan sendiri. Lebih gempak lebih segar, lebih bergetar ! All the best.

Ikram Al-Banjari,
Masih seorang Saudagar Jalanan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (606)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (134)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Mengenang Tun Dr. Siti Hasmah: Perginya ‘Ibu Negara’ Yang Membentuk Memori Zaman Kanak-Kanak Generasi 80-an
  • Semarak Hari Kebangsaan Ke-69: Mengapa Anda Wajib Miliki Gold Bar Merdeka 2026 Public Gold!
  • Generasi 80-an dan 90-an: Saksi Pembatas Dua Dunia
  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
imunify-bot-check