Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Naikkan Harga Rokok Bukan Penyelesaian Terbaik

Posted on January 8, 2010 by Sabri Ahmad

Perubahan harga rokok tidak menjejaskan

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Perubahan harga rokok pada kadar minimum sebanyak RM6.40 bagi 20 batang, dilihat tidak memberikan sebarang kesan besar kepada para pengeluar utama syarikat rokok.

Penganalisis OSK Research, Vincent Lim berkata, pandangan itu mengambil kira harga paling murah bagi rokok berkualiti di pasaran adalah RM7.80 sekotak.

Malah, peraturan harga minimum mungkin memberi kelebihan kepada British American Tobacco, Japan Tobacco International dan Philip Morris kerana jurang perbezaan di antara harga rokok yang berkualiti tinggi dan rendah terlalu hampir.

Ini akan menyebabkan lebih banyak perokok akan memilih untuk mendapatkan jenama rokok yang berkualiti, menurut Lim.

”Berdasarkan faktor tersebut, kita meramalkan tidak ada kesan besar akan berlaku dalam sektor ini,” katanya dalam nota penyelidikannya.

Di sebalik peraturan baru itu, OSK Research meramalkan, para pengeluar rokok dijangka melaksanakan strategi tindak balas bagi menangani kelembapan dalam sektor tersebut sejak kebelakangan ini.

Antara pendekatan yang dijangka dilaksanakan adalah memperkenalkan kotak kedap udara selepas kerajaan melarang penjualan rokok 14 batang menjelang pertengahan tahun ini.

Lim menjelaskan, syarikat-syarikat pengeluar rokok menawarkan rokok 14 dan 20 batang sekotak, masing-masing untuk perokok sosial dan perokok kritikal.

”Dengan adanya kotak kedap udara ia dijangka mampu mengekalkan ‘kesegaran’ rokok memandangkan jangka hayat bagi sekotak rokok yang belum digunakan adalah enam bulan dan kotak yang sudah terbuka antara lima dan tujuh hari sahaja.

”Dengan kotak kedap udara, jangka hayat rokok akan bertahan lebih tiga hari berbanding sebelum ini dan faktor ini akan memberi kesan positif kepada industri,” ujarnya.

Kerajaan sentiasa memberi alasan “mengurangkan perokok di Malaysia” dalam waktu yang sama pengeluar rokok sentiasa mencari jalan “menambahkan perokok di Malaysia”.So bagi saya kaedah terbaik adalah “tutup kilang rokok” 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

6 thoughts on “Naikkan Harga Rokok Bukan Penyelesaian Terbaik”

  1. etomyam says:
    January 8, 2010 at 12:43 am

    hmm..setakat ni masih belum berhenti membeli rokok..kui3

  2. Sabri Ahmad says:
    January 8, 2010 at 1:13 am

    aku dah makin slow bro 🙂

  3. Perokok Tegar says:
    January 9, 2010 at 8:50 pm

    Naik…lah harga rokok sehingga RM20.00 sebungkus..bukan jalan penyelesaian. Masalah bertambah rokok seludup lagi banyak..Siapa yang untung…Fikir-fikirkan..lah

  4. tenteraangin says:
    January 12, 2010 at 11:40 am

    naikkan jer harga sampai harga yang tak tercapai dek akal. padan muka suma smoker.. biar diorang bising-bising.. lama-lama senyap la

  5. add says:
    January 14, 2010 at 11:58 am

    uhhh kasi nak rm50 sebungkus. bleh r wat menampal kebobrokan yg dah berlaku… senang je nak buat duit ni. rm200 sebungkus ke… bahaya isap rokok ni… fatwa dah keluar tapi duk terperap je. bahaya kan rokok ni.. gelap mata mereka sbb cukai rokok ni leh cover kebobrokan

  6. yusuf laili says:
    June 16, 2011 at 3:53 pm

    Susah-susah haram saja perdagangan atau penanaman rokok dan tembakau seperti dadah abis cerita sama-sama merana..penanam tembakau susah,egen rokok susah,syarikat rokok susah,perokok lagilah susah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp