Kumpulan ini adalah kumpulan yang menentang orang bukan Islam mengunakan nama Allah. Golongan bukan Islam telah berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk digunakan digereja seluruh Malaysia. Bagi ummat Islam yang sedar bahawa ini adalah salah satu propaganda mereka bagi mengelirukan ummat Islam dimasa sekarang dan akan datang.Jom nyatakan sokongan anda di borang bantahan terhadap keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan Gereja Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. atau pun jika anda mempunyai akaun Facebook sila nyatakan bantahan anda.
Jika anda seorang blogger muslim , apa kata tunjukkan sokongan anda di blog masing-masing atau pun copy ajer post ini sebagai amaran kepada pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan.

Jikalau Perkataan “allah” di larang guna oleh golongan bukan Muslim.
Sebagai rakyat kedah, I rasa i tak ada peluang untuk menyanyi lagu kedah. Sebab perkataan pertama adalah “allah”.
bukan umat kristian di malaysia saja yg menggunakan perkataan allah..
malah umat2 kristian di negara2 arab pun turut menggunakan perkataan allah, seperti gereja kristian koptik, church of alexandria, sejak dari zaman awal kristianiti lagi..
umat2 kristian di indonesia pun turut menggunakan perkataan allah dalam kebaktian dan upacara2 di gereja..
dan boleh dikatakan, pada masa ini, hampir semua gereja2 kristian di seluruh malaysia, tanpa mengira apa denominasi gereja tersebut, mereka menggunakan perkataan allah dalam kebaktian dan upacara2 di gereja..
dan satu lagi maklumat yang kamu perlu tahu, umat2 kristian di malaysia menyebut perkataan allah secara sebutan biasa,sama seperti menyebut “alah”, bukan dalam sebutan bahasa arab..