Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Menariknya Kujie2 ( Kak Jie ) Pada Aku

Posted on August 8, 2009April 21, 2016 by Sabri Ahmad

Salam semua makhluk Allah Taala yang masih hidup di dunia yang dengan dugaan dan cabaran.Kadang-kadang terlintas tidak sanggup lagi menghadapinya , kadang-kadang terfikir macam mana dugaan yang akan dihadapi anak-anak.

kak jieMerepek ini aku tujukan khas pada blog Kujie2.Com milik insan bergelar Kak Jie . Apa yang menariknya dengan Kak Jie ni.Aku tidak mengenali Kak Jie tetapi aku pernah bermain email dan mengenali blognya.Aku bukan nak bercerita tentang rupanya , kelakuanny , sifatnya , tabiatnya , makanan kesukaannya tetapi mengenai blognya ( yang aku tahu Kak Jie ni isteri orang , seorang ibu dan surirumah ).

Aku jarang follow sesebuah blog secara detil , maklumlah dalam satu hari aku hanya mempunyai masa 24 jam sahaja (makan ,minum,tidur , kerja hakiki , jaga anak , layan isteri , jalan tanggungjawab pada Allah Taala dan macam-macam lagi ).Tapi blog Kak Jie lain sikit , nak tahu kenapa ? Tulisannya sempoi , tidak terlalu panjang menyebabkan aku selalu ke blognya.Itu ajer alasannya.Cuma satu aku tak tahan , blog berwarna warni dan font macam-macam tapi perkara biasa kerana Kak Jie seorang Blogger Melayu perempuan.

Coretan ini aku tulis kerana aku tidak dapat calonkan blog Kak Jie di dalam pertandingan Weblog Popular 1Malaysia kerana syaratnya terlalu ketat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

16 thoughts on “Menariknya Kujie2 ( Kak Jie ) Pada Aku”

  1. Kujie says:
    August 8, 2009 at 10:33 am

    kehkeh…..ko ingat kak jie pun suka theme kak jie?

    tak sesuai langsung dgn kak jie tapi mcm dah fed up nk cari theme sesuai.

    bab tulis pendek2 tu….kak jie belajar dr diri sendiri…kak jie nak jengok blog org sehari 20-30, kalau setiap blogger tulis 6-7 perenggan……kelabu mata kak jie nak baca. Kak Jie bukan mcm org lain..dtg blog org komen sekadar nak cakap ‘hai…. blog awk bagus”. kak Jie akan baca entri..

    Kak Jie rasa org lain pun mcm tu..dia org mana ada masa nak membaca entri berjela2..sbb kawan sekitar kak jie “blogger”…sebagai blogger mereka sedaya upaya akan berkunjung ke blog lain utk dptkan kunjungan balas.

    Terharu sungguh dengan entri pendek mcm ni…dah mcm style kak jie pula :p

  2. megat says:
    August 8, 2009 at 1:31 pm

    blog kak jie memang best! selalu kunjungi kesana, dapat rasa betapa dekat seorang penulis blog aka surirumah aka isteri akak ibu dengan pembacanya. aku memang respek!

    aku juga masih mencari identiti penulisan aku. yalah masih baru lagi. serius menulis pun dalam setahun dua. apa yang ada pada kak jie adalah identitinya!

    aku setuju dgn komen kak jie kat atas pasal komen. yalah kalau setakat pegi blog orang lain, setakat nak jaga hati lepas tu komen macam ‘spam’ nak buat apa.

  3. Sabri Ahmad says:
    August 8, 2009 at 6:25 pm

    betul kata kak jie..kalau blog yang artikel nya panjang sangat memang kita pun setakat tinggal jejak jer 🙂

  4. Sabri Ahmad says:
    August 8, 2009 at 6:25 pm

    knizam memang dah power dalam penulisan…ayat pun sedap dibaca…

  5. iza says:
    August 8, 2009 at 7:49 pm

    salam tuan rumah, iza nak nyibuk bagi komen boleh.. 😀
    setuju tu, blog Kak Jie memang best tambah2 bila kak jie tulis pasal perhubungan sesama manusia, pasal kehidupan dan tazkirah. Best lagi Kak Jie mahir selok belok blog dan rajin benar tolong orang. Bukan bodek, memang betoi pun 😉 Kak Jie zindabaan hihi

  6. baloot says:
    August 9, 2009 at 4:07 am

    uish, bro skrg pun tulis pendek2 jugak. ada style kak jie ni.. huhu..
    anyway, dah lama tak melawat kat kongsiblog.com ni.. makin lama makin best.. tahniah2..

  7. Sabri Ahmad says:
    August 9, 2009 at 8:01 am

    penulisan aku tak tentu ler bro…janji “suara hati orang kita” kedengaran dalam blog ini…hehehehehe

  8. Pingback: Kita nak dengar… | Hidup Biar Sedap
  9. Sabri Ahmad says:
    August 9, 2009 at 5:16 pm

    yup betul….memang best kalau baca pasal kehidupan….macam dekat jer nga kak jie 🙂

  10. chekguBH says:
    August 9, 2009 at 8:30 pm

    salam encik hati.

    istimewanya KakJie aka Kujie2.com ialah peribadinye…
    bagi aku, kakjie sbg pioneer dan supporter terbaik utk aku time aku mule2 jadi blogger dulu…

    follower ramai, komen pun dier suke, dan aku pernah dapat suprise ngn dier…
    pasal theme tu, aku tak pedulik…
    panjang ke pendek, aku tak kisah…

  11. chekguBH says:
    August 9, 2009 at 8:32 pm

    oit…bukan encik hati…
    encik kita aka sabri ahmad…
    silap dowh…sorrii

  12. Sabri Ahmad says:
    August 9, 2009 at 8:51 pm

    hahahaha…mula-mula terkejut gak dipangil encik hati tapi kalau encik hati baik nak jugak 🙂 . aku pun pernah dapat suprise dari kak jie jugak….suprise tu rahsia aku dengan kak jie jer 🙂

  13. aykay says:
    August 10, 2009 at 9:11 am

    kak jie n her blog dah jadi bacaan harian n pasal baca kujie2 tahu blog tuanrumah ni. tulis panjang ke pendek ke janji ada guna ok je

  14. aykay says:
    August 10, 2009 at 9:13 am

    sorry lupa dah pindah ke http://tangsibaru.wordpress.com

  15. kuina says:
    August 10, 2009 at 4:03 pm

    susah ke senang ker sy dah calonkan ‘hidup biar sedap’ tu untuk Web Blog Populur..

  16. Kujie says:
    August 11, 2009 at 12:13 pm

    Tiba-tiba…. blog ni kena serang… ehhh..avatar2 semua tu macam familiar jeeeeeeeee… :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp