Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Manohara Ingkar

Posted on November 6, 2009April 21, 2016 by Sabri Ahmad

Anakanda Sultan Kelantan menang kes saman fitnah RM105 juta

KUALA LUMPUR: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, menang dalam kes saman fitnah RM105 juta yang dikemukakan terhadap isterinya, Manohara Odelia Pinot dan ibu mentuanya, Daisy Fajarina selepas memperoleh perintah penghakiman ingkar, semalam.

Mahkamah Tinggi di sini, mengeluarkan perintah penghakiman ingkar itu selepas Manohara dan Daisy masih gagal melantik peguam untuk menjawab saman berkenaan, yang difailkan anakanda Sultan Kelantan itu pada 20 Julai lalu.

Penolong Kanan Pendaftar, Shazali Hidayat Shariff, membuat keputusan itu dalam kamar di hadapan Peguam Tengku Muhammad Fakhry, Mohd Haaziq Pillay.

Minggu lalu, Shazali Hidayat menetapkan semalam sebagai tarikh akhir untuk Manohara dan ibunya melantik peguam selepas firma guaman Fakrul Hisham Abdullah and Associates menarik diri daripada mewakili mereka.

Pada 12 Oktober lalu, mahkamah sama membenarkan permohonan firma guaman itu untuk menarik diri daripada mewakili defendan.

manohara

Berdasarkan Aturan 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980, mahkamah dibenarkan mengeluarkan perintah penghakiman ingkar, iaitu keputusan mengikat yang berpihak kepada plaintif jika defendan gagal mengambil apa-apa tindakan terhadap saman atau tidak hadir di mahkamah dalam tempoh 14 hari saman diserahkan.

Tengku Muhammad Fakhry mengemukakan saman RM105 juta terhadap isteri dan ibu mentuanya kerana didakwa memfitnahnya pada sidang akhbar antara April dan Jun lalu. Manohara antara lain mendakwa beliau didera secara fizikal dan seksual oleh suaminya.

Anakanda Sultan Kelantan itu turut mengemukakan dua saman lain di Mahkamah Syariah, iaitu menuntut supaya Manohara diperintah pulang kepadanya dan kembalikan wang RM1 juta yang didakwa dipinjam oleh Manohara.

Mohd Haaziq ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, berkata beliau akan memfailkan notis taksiran tuntutan minggu depan dan jumlah sebenar ganti rugi itu akan diputuskan mahkamah kemudian.

Ketika hubungi Berita Harian pula, Mohd Haaziq menjelaskan nilai ganti rugi sebenar mungkin melebihi RM105 juta yang difailkan atau berkurangan bergantung kepada budi bicara mahkamah dan keadaan kes termasuk kesan yang ditanggung plaintif serta berita yang tersebar ke seluruh dunia sehingga mengaibkan kerabat diraja.

“Wang bukanlah persoalan utama, tetapi yang penting bagi anak guam saya adalah untuk membersihkan namanya terhadap tohmahan yang dilemparkan Manohara dan Daisy. Kegagalan Manohara dan Daisy menjawab saman dan hadir ke mahkamah walaupun diberi cukup peluang adalah bukti bahawa dakwaan mereka sebelum ini adalah fitnah,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme