Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada rekabentuk logo ini.Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia, sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah kempimpianan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.red inflatable pool
Angka 57 yang diberikan rentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerinkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda chong qi cheng bao.
Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti andka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keadamanan negara yang wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakya berbilang etnik dan bertoleransi.
Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.
Tema “Malaysia…Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” di letakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.
WARNA MERAH
Lambang keberanian dan kesetian negara tercinta.
WARNA BIRU
Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.
WARNA KUNING
Lambang kedaulatan negara di bawah naungan Raja Berperlembagaan dan diterajui kepimpinan yang perihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.
WARNA PUTIH
Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.
Di kesempatan ini , saya Sabri Ahmad ingin mengucapkan Selamat Hari Kemedekaan ke-57 buat semua rakyat Malaysia.Semoga tahun ini menjadi titik permulaan , untuk secebis cinta untuk negara Malaysia tercinta ini.

