Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Kumpul Emas sebagai Belanja Kahwin Tindakan Bijak Anak Muda

Posted on July 22, 2015 by Sabri Ahmad

Pasangan muda digalak kumpul emas sebagai permulaan jaminan belanja kahwin !

1Gram Wishing you

KUALA LUMPUR: Pasangan yang bercadang untuk melangsungkan perkahwinan pada usia muda digalakkan mengumpul emas sebagai permulaan jaminan masa depan perkahwinan mereka.

Ini kerana nilai mata wang tidak terjamin selain ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurut Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata pasangan muda yang membuat simpanan dalam bentuk emas merupakan satu pelaburan bijak bagi tempoh jangka masa panjang.

Ini kerana, katanya, jika mengikut trend jangka panjang, harga emas dilihat akan terus meningkat selain merupakan jenis harta yang mudah cair.

“Jika perlu wang, emas ini boleh dijual pada bila-bila masa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau turut menasihatkan pasangan muda yang bakal melangsungkan perkahwinan supaya tidak membuat pinjaman untuk membiayai perbelanjaan perkahwinan mereka.

“Belanja perkahwinan ini buat sekadar mampu dan wajib sahaja. Jangan takut kepada tekanan masyarakat, sebaiknya simpanan itu digunakan untuk mengharungi alam selepas perkahwinan dan bukan untuk perbelanjaan semasa majlis,” katanya.

Bagi graduan Universiti Malaysia Perlis, Muhamad Nazrul Zakaria, 25, berkata dia mula mengumpul emas dalam bentuk dinar sejak awal tahun ini sebagai persediaan perkahwinannya pada tahun depan.

Katanya, dinar emas itu akan dijadikan sebagai mas kahwin dan hantaran perkahwinannya kerana ia boleh disimpan oleh bakal isteri dalam bentuk simpanan kekal.

“Emas juga merupakan barang kalis inflasi, walau apa pun yang berlaku pada nilai ringgit (jatuh), ia tidak memberi kesan kepada nilai emas,” katanya, yang menyasarkan untuk mengumpul antara lima hingga tujuh dinar sebagai hantaran perkahwinan.

Nazrul, yang berasal dari Kelantan, turut bersetuju bahawa simpanan emas juga merupakan satu bentuk pelaburan untuk jangka masa panjang.

Kredit : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pasangan-muda-digalak-kumpul-emas-sebagai-permulaan-jaminan-belanja-kahwin-66609

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (603)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
  • Enam Kelebihan Utama Simpanan Emas
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme