Setelah Saiful bersumpah , Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersumpah dengan nama Allah sambil memegang kitab suci al-Quran untuk meyakinkan masyarakat bahawa beliau tidak meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
[ad#advertlets]
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam ceramahnya sebelum ini bahawa beliau telah bersumpah adalah tidak memadai.
“Anwar kena bersumpah, bukan secara mendakwa dalam syarahan kata saya bersumpah macam itu.
“Bersumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi kemudian pegang al-Quran…junjung al-Quran baru boleh terima,’’ katanya yang ditemui pemberita pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 di sini hari ini. – Utusan.

Dunia ini terlalu banyak panca robanya.Budaya orang Malaysia telah di nodai oleh budaya orang sinun sebrang sana.Saya berpendapat tak lama lagi budaya kita akan tepi dan kau kau aku aku akan bermaharajalela.Kau akan saman aku aku akan saman kau tengok lawyers siapa yang lagi canggih.
Duit dan harta menjadi buruan bukan yang mencipta lagi.Orang kata kena “survive in this ahem world”.Kekeliruan ada disekeliling kita saya pun tak tak tahu siapa benar dan siap tidak.Apa pun saya macam ini juga walaupun di rata rata bergelora.Maksud saya bukan saya katak di bawah tempurung tetapi rakyat Malaysia yang amat bimbang akan masa depan negara yang amat disayangi.