Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Komen Azizi Ali Tentang Highway Resources ( Highway Group )

Posted on November 20, 2015November 22, 2015 by Sabri Ahmad

 

image

1. Setelah membaca write-up dan mendapat keterangan tentang Highway Resources, saya mempunyai banyak kesangsian dan reservations tentang operasi syarikat ini. Mengapa? Read on.

2. Berikut adalah write-up dalam laman web mereka:
“Konsep highwaygroup ialah muafakat jemaah, bukan perniagaan. Sebagaimana khairat kematian yang diwujudkan dalam sistem ekonomi islam. Wang yang kita join akan disimpan dalam tabung kumpulan dana highwaygroup. Wang tersebut akan dibahagi apabila tiba masanya seperti yang telah ditetapkan, iaitu pada 10hb, 20hb & 30hb. Untuk mudah faham. Contoh khairat kematian. Wang dikumpul dalam satu tabung, dan akan dibahagi kepada ahli yang menyertai bila tiba waktu yang ditetapkan iaitu mati. Begitu jugalah dengan highwaygroup. Amatlah mudah untuk anda fahamkan perjalanan wang dalam highwaygroup.”

3. Ayat ini memang power sebab mereka meminjam konsep khairat kematian dan bayangan agama Islam untuk mempromosi program mereka. (FYI, konsep yang lebih kurang serupa digunakan oleh scam Mecca Fund untuk menarik wang ‘pelabur’ yang kurang arif tentang pelaburan.)

4. Jadi in summary, Highway Resources mengutip wang daripada ‘pelabur’ dan kemudiannya memberi pulangan selepas waktu tertentu. Lebih banyak wang yang ‘dilaburkan’, maka lebih tinggilah jumlah pulangan. Dan jika anda merekrut ‘pelabur’ lain ke dalam program ini, anda akan dapat menikmati pulangan yang amat menarik.

5. Poin 2 hingga 4 memang nampak power. Tetapi apakah yang membuatkan saya begitu curiga dengan program Highway Resources ini? Banyak sebabnya.

6. Pertama: syarikat ini mengutip wang pelabur Malaysia. Ini adalah satu kesalahan disegi undang-undang kerana hanya entiti2 terpilih saja (e.g. bank, syarikat unit amanah dan syarikat insurans) yang boleh bertindak demikian.

7. Syarikat ini memberikan ‘pulangan’ daripada ‘pelaburan’ yang dibuat (bukti ‘pelaburan’ tidak pula diberikan; cuma main sebut saja!). Ini bermakna program ini adalah satu pelaburan, yang bermakna mereka sekali lagi menyalahi undang2 Malaysia.

8. Syarikat ini juga menggunakan konsep mlm (boleh rekrut downline). Hanya syarikat yang mempunyai lesen jualan langsung (direct selling) yang dibenarkan bertindak demikian. Ini lagi satu kesalahan kerana setahu saya Highway Resources tak mempunyai lesen tersebut.

9. ‘Pulangan’ pelaburan (ROI) yang diberikan tak masuk akal – 214% dalam masa 4 bulan! Seperti yang saya selalu khabarkan, walaupun kita semua mahu ROI yang tinggi, ROI tersebut mestilah angka yang sensible dan reasonable. Dan ROI 214% dalam masa 4 bulan tak masuk akal langsung! Ini seperti team bolasepak kampung Seri Wangi mengalahkan Real Madrid dengan scoreline 10–0!

10. Mengapa ROI tersebut tak masuk akal? Legenda2 pelaburan dunia seperti Warren Buffett dan George Soros pun ‘hanya’ memberikan ROI diantara 22%-34% setahun! Jadi masuk akalkah orang yang baru berniaga beberapa bulan boleh memberikan pulangan yang begitu tinggi menggila?

11. Jika betul angka ‘pulangan’ itu pula, sudah tentu satu dunia akan melompat! Majalah Fortune dan Forbes serta stesyen TV CNN dan Al-Jazeera akan menemuramah pengurus pelaburannya, dan satu dunia juga akan datang berpusu-pusu untuk melabur dalam program ini. Semua ini tak berlaku dan malah tak ada siapa di luar Malaysia yang kisah langsung!

12. Saya juga mempunyai banyak persoalan tentang syarikat dan dana ini: Siapakah pengurus dana tersebut? Apakah kelayakkannya? Berapa lamakah pengalaman beliau menguruskan dana? Siapakah lagi management team dana tersebut? Semua maklumat ini tak ada disebut.

13. Siapakah auditor dan trustee dana tersebut? Tanpa kedua entiti ini, pengurus boleh melakukan apa saja yang dia mahu dengan wang yang dikutip – joli, makan angin, kahwin lagi satu…

14. Wang yang dikutip ‘dilaburkan’. Tetapi apakah pelaburan yang dibuat? Kalau main sebut tanpa bukti, budak2 sekolah pun boleh sebut!

15. Dimanakah prospectusnya? Dimanakah laporan tahunannya? Kedua2 dokumen ini pun tak ada. Tanpa dokumen2 ini, bagaimana kita nak tahu objektif dana, pulangannya, risikonya, dimana pengurus nak melabur wang dikutip, etc.?(FYI, Pegasus Bullion dan UFun juga tak mempunyai dokumen2 kritikal ini.)

16. Jangan pula terpedaya dengan gambar borang 9 (perakuan perbadanan syarikat sendirian). Borang itu adalah pendaftaran syarikat dengan SSM. Dalam kata lain, syarikat itu telah didaftarkan dengan SSM. FYI, SEMUA syarikat Sdn Bhd di Malaysia mempunyai borang yang serupa! Ini tidak bermakna bisnes mereka untung, valid dan tak menipu! (Langkah ini lebih kurang sama dengan seorang Mamat – dengan megahnya – menunjukkan gambar ICnya untuk menyatakan dia sah seorang rakyat Malaysia. Realitinya, berjuta2 rakyat Malaysia juga mempunyai IC!)

17. Jangan juga terpedaya dengan agreement yang dimatikan stem. Agreement 100 muka surat dan distem 100 kali pun tak bermakna jika pihak yang buat agreement itu tak dapat, tak mahu atau tak berdaya menunaikan apa yang telah dijanjikan.

18. Untuk mengaburi mata ‘pelabur’, ikon2 (e-hem) Highway Resources membuat berbagai claim, yang kadang2 bercanggah antara satu dengan lain. Ada ikon yang kata HGR adalah pelaburan (mengumpul dana), ada yang kata perniagaan (property, developer dan money exchanger) dan ada pula yang kata koperasi. Dengan membuat claim2 begini, senanglah mereka mengaburi mata ‘pelabur’. Bila ‘pelabur’ tanya mengapa tak ada ciri2 pelaburan (seperti yang saya sebut di atas), ikon jawab ianya ‘perniagaan’. Bila ‘pelabur’ tanya mengapa tak ada ciri2 ‘perniagaan’, ikon jawab ianya satu ‘pelaburan’! Bila kedua2nya tak boleh pakai, ikon jawab ianya berkonsepkan koperasi. Jadi salah satu jawapan itu mesti betullah macam tu!

19. Anyway, saya sudah periksa dengan Suruhanjaya Koperasi. Mereka menjawab mereka tak pernah dengar pun tentang Highway Resources atau HGR! (Anda boleh telefon sendiri Suruhanjaya Koperasi di 03-2083 4000 untuk mengesahkan situasinya.)

20. Sudah tentu akan ada ahli Highway Resources yang menyangkal semua poin2 di atas dan berkeras mengatakan program itu adalah betul kerana mereka mendapat pulangannya secara konsisten sudah beberapa bulan. Inilah jawapannya: PULANGAN WANG ITU DATANG DARIPADA AHLI BARU DAN TAMBAHAN PELABURAN OLEH AHLI LAMA. Itulah sebabnya Highway Resources boleh memberikan pulangan secara konsisten – kerana ahli mencurahkan wang ke dalam syarikat! Dalam kata lain, wang itu di-recycle-kan. Situasi ini TIDAK AKAN BERTERUSAN. Ianya akan berakhir apabila jumlah ahli berkurangan atau bila Highway Resources diserbu oleh Polis/BNM atau bila sistem computer Highway Resources kena hack atau pihak pengurusan menutup operasi (yang mana berlaku dulu).

21. Sebenarnya, banyak lagi poin yang boleh saya ketengahkan, tetapi saya rasa ini lebih daripada cukup untuk membuatkan saya curiga sampai ke tahap dewa akan operasi Highway Resources.

22. Sebelum mana2 pihak memberi komen, sila baca dulu post EXPOSE HELAH PENGUSAHA-PENGUSAHA SCAM bertarikh 14 Okt 2014, 16 TIPS UNTUK MENGENAL PASTI PELABURAN YANG VALID  bertarikh 26 Okt 2015 serta post-post tentang Pegasus Bullion, Emas ETA dan UFun/UToken (semuanya diawal tahun 2015) untuk hiburan anda.

23. Tolong jangan kata saya tak boleh komen atau post apa-apa tentang Highway Resources sebab saya bukan ahli dan oleh itu tidak faham sistemnya. Saya juga bukan ahli dan tidak ‘melabur’ dalam Skim Pak Man Telo, Swisscash, Genneva, Pegasus Bullion, Emas ETA, Mecca Fund dan UFun/UToken atau tetapi semua expose saya tentang scam2 ini betul belaka. (That’s 7 out of 7 correct, mind you.)

24. Conclusionnya? Saya mempunyai 1,001 keraguan tentang Highway Resources dan tak akan dekat sebatu dengannya. Saya tahu wang saya akan terbang melayang entah kemana jika saya menyertai scam ini! Jadi jika anda tak sabar2 nak menanggung kerugian dan kepedihan hati kena tipu, you know what to do!

25. Dan akhirnya untuk menyelamatkan masa dan tenaga ikon2 Highway Resources yang pasti tidak bersetuju dengan semua apa yang saya tulis ini, mereka bolehlah memilih salah satu daripada standard replies di bawah untuk menyangkal poin2 saya:

a) Azizi Ali tak berhak untuk buat komen sebab dia bukan ahli Highway Resources.
b) Azizi Ali tak faham konsep Highway Resources sebab (a).
c) Azizi Ali tak boleh komen sebab dia pakar hartanah semata.
d) Azizi Ali tersilap kerana dia tak faham yang Highway Resources adalah satu konsep ‘pelaburan’ yang unik dan baru dan berlainan daripada Skim Pak Man Telo, Genneva, ataupun UFun.
e) Azizi Ali PhD sebab tak boleh tengok orang Melayu lain jadi lebih kaya daripada dirinya! (FYI, inilah retort yang paling popular dikalangan para scammers!)

Klik LIKE dan SHARE supaya lebih ramai orang yang terbuka mata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

75 thoughts on “Komen Azizi Ali Tentang Highway Resources ( Highway Group )”

Comments navigation

Newer comments
  1. amansri bin johari says:
    December 6, 2015 at 1:21 am

    Asalamulaikum Tuan Azizi…terimah kasih di atas kesudian tuan menulis artikel mengenai HG tatapi masih banyak kekurangan fakta..Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat untuk Tuan azizi..Company bermula pada 4hb Nov 2014 & didaftarkan di SSM pada Jun 2015 dgn nama HG Resources Sdn Bhd.
    Pada 14hb Sep 2015, dengan sukacitanya HGR telah bernaung dibawah Syarikat berlesen Koperasi Permodalan Jajaran Mega Berhad.
    HGR terlibat dalam bidang berkaitan Property, Developer dan juga Money Exchanger/Forex..Di asaskan Dato sri Zawawi yas (PRESIDEN/ CEO juga telah di beri pengunian Darjah Kebesaran Setia Di Raja.

  2. Qushairy Fadhil says:
    December 15, 2015 at 10:58 pm

    Kena kencing je la dengan highway group tu

  3. Jeffrey says:
    December 16, 2015 at 5:47 pm

    1.ahli dah mencapai ratus ribu.yg mana mengenali dato zawawi pengasasnya.beliau juga manusia yang bermaruah dan tdak mungkin mahu memilih menjadi mangsa beratus ribu ahli sekiranya ada unsur niat menipu.pengasas tdak berahsia,siap bawah isteri dan anak kat mane2 himpunan hwg baliau.tdak seperti biz lain

    2.Agama rasmi malaysia adalah Islam,hwg dah bergerak di seluruh malaysia dgn mengadakan dinner,penyampaian hiba dan saraan2 serta menyampaikan nasihat dan ucapan2 lain ditempat2 yg standard.semuanya didahului dgn DOA.Apakah doa adalah permainan di dpan beratus ribu orang yang menganutnya.

    3.Ya,mungkin mengadakan aktiviti2 hwg di hotel2 standard dgn beratus ratus ahli masih tertutup.pada 9hb 12 2015,beliau mengadakan sure hebo hwg di stadium kuala terengganu yg mana ahli dan orang luar telah hadir dan berkunjung mencacah ribu org,dihadiri oleh ahli2 jawatankuasa koperasi.memperkenakan kepada ahli pusat pejabat adalah di tanah merah kelantan,pejabat baru ke 2 adalah di ulu kelang kuala lumpur.apakah dato zawawi ini bodoh dgn tdak memikirkan ratusan ribu orang tiada yang akan menyisat kebenarannya,bukan kah menjual nama syarikat koperasi juga adalah salah?.
    sya tahu rasuah adalah ternama kat malaysia ini,tapi dgn doa dan kehadiran beratus ribu ahli serta kewujudan beliau tanpa rahsia kenyataan2nya bukan mudah dipermainkan rasuah!

    Maaf,komen sy tak berapa tersusun kerana takde phd,pmr tahun 2000 je

    Harap boleh beri pandangan…

  4. Jeffrey says:
    December 16, 2015 at 10:24 pm

    Saya melabur 3 akaun pakej 1750,yang mana saraan bulanannya@gaji ialah mendapat rm1500 sebulan.kini sy dah mendapat saraan bulan ke7.dah dpt rm8500,akaun pertama saya tutupkan iaitu mendapat sebanyak rm4k pada bulan matangnya 4 bulan pertama,tengok jadual.
    dsana hutang along sya langsai.hati senang.
    kini akaun ke dua akan matang bulan ke 9 pula,lagi 2 bulan menunggu dapat rm 18k.plan akaun ke 3 akan wajib ditutup bulan ke 12.lagi 5 bulan sy akan dapat rm53k.akaun2 kecil yang lain pula sedang menyusur.entah nak beli ape dpt duit mcm ni byk,join lah highwaygroup,doakan yang positif…jika fikirkan risiko,sy wakil orang meskin pada mulanya tak takut hilang setakat rm350 modal permulaan,anggap je tercicir kat poket aweks cun…pandangan orang berada pula mcmana?

  5. Sham says:
    December 16, 2015 at 11:34 pm

    Yup…sy stuju pndangan Jeffrey tu…sy punye wang saraan pn xprnah xbyar…ckup je tarikh dlm akaun dh ade duit…yg kene tipu tu sebab dia xjoin lagi n xmresa lgi prhkmatan yg trbaik HgR berikn….klau HgR ni menipu n salah dri segi undang2 knpe stiap bln ade je prjmpaan n sminar penyerahan wang saraan n hibah….HgR xtkot ke tindakan nt?..modal nk mula bkn bnyak pn…rm350 je…bkn suh join yg 35k…cuba la join dulu tgok kne tipu ke x…jgn ckp je tp xjoin…bonus sponser pn sy dh dpt lbih dari modal…saraan lagi dpt…xde pn sy kne tipu di HgR….ke ade smting kot org yg tolak HgR ni?…dlm HgR tiada pksaan…klau nk rase btul ke xbtul join la dulu…klau rase nk tmbh incme n slasai hutang join la HgR.

  6. Jeffrey says:
    December 17, 2015 at 11:24 pm

    Hwg ada penasihat kewangan dan ekonomi,mentor kewangan pun bayak…hahaha

  7. Afir_Firdaus says:
    December 19, 2015 at 5:12 pm

    Ada PHD pun makin bodoh buat apa..lantak kau la ada PHD pun mati tinggal semua jugak..

  8. Nurazman Omar says:
    December 20, 2015 at 7:25 pm

    BAGI SAYA , JOIN JE…KALAU TAKOT JOIN KECIK2 & BESAR SIKIT KALAU ADA BERANI SIKIT…TAK PERLU KATA MENGATA …KITA JOIN JUST NAK TENGOK SEJAUH MANA IA PERGI…

  9. Suhaimi says:
    December 21, 2015 at 2:32 pm

    Azizi ali ngan penulis blog ni fitnah tu berdosa. Kalau betul sila gi buat report polis. Ambik lawyer saman highway dan cg awie serta prof diraja syed rahman osman al attas tu.. kalau tak berani. Memang anda yg menipu pbaca..

  10. Jeffrey says:
    December 22, 2015 at 12:28 am

    Terbaik suhaimi,kepada yang pernah ditipu.jgn jangkitkan penyakit anda kat hwg ahahaha.kitowang pun nak pengalaman juga,sabar je

  11. marzuki mahmmod says:
    December 22, 2015 at 1:26 pm

    Sy..stu kg dgn ceo hwg..sdra sy sdiri….sy oku…kini sy ada 15lot hsil sy usah sdri…adik sy sorg hakim…20lot dia shja..sdra sy…stiap keluarga 10lot.hwg tbaik pd sy..nk join atau tdk..hk msing2..phd klu sy susuh..blh dia dtg bg duit pd sy…bckp sbb dia tk susuh..nk apa dpt….byangkn org2 yg susah ..hwy mmbantu mereka dlm khdupan hri ini….tbaik hwy…

  12. Zul says:
    December 23, 2015 at 4:28 am

    Tunpang Tanya… Yg dh join bole tahu tak , brapa lama dh korg join?. And APA pendapat korg?

  13. Jeffrey says:
    December 23, 2015 at 11:19 pm

    Sy jeffrey kasua tambunan,tampil sekali lagi kat web ini untk memenuhi masa lapang.selain minta kesenangan kat hwg,sy juga secara rela menambah sedikit lagi income pemilik web ni dgn komen laungan HIGHWAYGROUP BOLEH!!!

  14. johari says:
    December 25, 2015 at 12:16 pm

    Salam sejahtera,syapun join highway group ni,ternyata bizonline ni telah mengubah hidup org miskin seperti sya,hari ini sebenarnya semua org mendoakan highwaygrkerana ketelusannya,pemberian hiba utk semua tanpa mengira bangsa dan agama .

  15. johari says:
    December 25, 2015 at 12:19 pm

    SABAH HIGHWAY GROUP PUN BOLEH BAH !

  16. Ismail says:
    December 25, 2015 at 9:46 pm

    Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Tak perlu la nak bising2 cari siapa yang benar siapa yang salah.Bagi saudara Azizi Ali anda tak boleh nak menuduh sesuatu program buat duit tanpa usul periksa yang mendalam.Rasanya duduk diam lebih baik tanpa perlu keluarkan kenyataan.
    Alang2 dah komen kat sini sy ingin mengajak rakan2 yang dah menyertai highway group jom luaskan rangkaian kita melalui highwayautonetwork.Selain dapat wang saraan dari highwaygroup kita boleh tambah satu lagi pendapatan.Baru di lancarkan 25/12/2015

    Klik link sy ni untuk keterangan lanjut dan daftar percuma
    http://HighwayAutoNetwork.com/1008

  17. Kaupanas says:
    December 27, 2015 at 7:36 pm

    Niat je nak tolong orang..inshaa Allah senang hidup..konsep HGR ni konsep nak bntu satu sama lain..

  18. ahli highway says:
    December 29, 2015 at 1:55 am

    Highway is the best way…. org yg makan budu dia tahu budu tu sedap walaupun baunye org kate busuk! Tapi org yg x penah mkn budu dia xtau rase budu tu mcm mane… cume tau bau busuk budu saje…. same la mcm highway ni… org yg x join x tau situasinye mcm mane… hanye tau memburukkan je!! Highway is the best way… buang la jauh2 org yg negatif biar yg positif saje di sekeliling kite! X lekat kurap pn…

  19. Fauzi says:
    December 30, 2015 at 5:40 pm

    Masalahnya pulangan tetap tu kan RIBA!
    Tak kira la pusing mcmn kata hibah ke dll

  20. sarahq says:
    December 30, 2015 at 8:49 pm

    i think this is awesome way to make money,,alhamdulillah ,,,

  21. mazjuri johari says:
    January 5, 2016 at 2:33 am

    Ada juga manusia mmbangsatkan bangsa sendiri..
    Apepun..highway the best bro..
    Beringat sikit..time susah ade azizi ali tolong ke?
    Fikir2 kan…
    Sy dh 4 bln..sy gembira membantu org2 susah..terima kasih pengasas highway DS.

  22. Sham says:
    January 5, 2016 at 2:39 pm

    SKM telah mengeluarkan kenyataan tentang Koperasi Permodalan Jajaran Mega Berhad seperti yang didakwa. Sila rujuk link ini :
    http://www.skm.gov.my/Perkhidmatan/Pusat-Media-%281%29/Arkib/Pengumuman/2015/KENYATAAN-SKM-Penafian-Bahawa-Koperasi-Permodalan.aspx

  23. Pamira says:
    January 5, 2016 at 6:39 pm

    Hello. Terima kasih kepada comment dia atas. Tetapi ade satu perkara saya tak paham, kenapa pihak berkuasa seperti Polis/ Bank/KKM tidak ambil ape ape tindakan lagi?

    Pelik jugak skim ini wujud sudah hampir setahun dan memang ramai yang tahu kewujudanya , sudah pasti pihak berkuasa tahu kan?

  24. Jeffrey says:
    January 5, 2016 at 11:30 pm

    Blog ni masih kurang pelanggan,Azizi belum kaya Lah, JOIN LAH HIGHWAYGROUP!

    Miskin dan kaya tak boleh dibawa mampus!

  25. Haikal Danieal says:
    January 6, 2016 at 2:25 pm

    salam, semua nk tanya…
    sistem ni bayar saraan bagaimana? melalui org tengah/ajen atau mcm mana? atau secara automatik drp sistem masuk ke dlm bank akaun?

  26. shahrol says:
    January 9, 2016 at 2:25 am

    dah bungkus ke?

  27. goku says:
    January 11, 2016 at 11:12 pm

    Slm 1 dunia..sy bru join akhir 2015…n bru mndpt saraan 1st month..brdoa agr success utk saraan 2….saraan 3 dan yg dinantikn saraan bln ke4….stkt ni msh lg positif dgn hgr.

  28. HG says:
    January 18, 2016 at 1:41 pm

    Klu xnk melibatkan diri,adalah lebih baik diam dr mengeluarkan artikel sebegini. Tak baik Azizi Ali.. Konsep Komuniti Ekonomi yg dibawa oleh Highwaygroup adalah konsep terbaik utk membantu kelangsungan hidup yg mencabar skg ni.. bukan utk kaya,tp support kita dlm mguruskan pbelanjaan harian. Mlepasi setahun..haters2 trus memperkata halatuju Highwaygroup,tp kami didalam komuniti ini trus melangkah n trus melangkah. Haters2 yg bnyk ckp mcm Azizi Ali kami tggalkn dibelakang..

  29. Amran says:
    January 18, 2016 at 9:35 pm

    Cakap semuanya indah ketika semuanya berjalan dengan baik… Bila ada masalah mula ada kata2 yg kurang elok yg dulunya puji melambung… Sumpah keranah tidak lepas dari bibir… Inilah manusia masa dapat semua indah bila tidak dapat mula cari salah… Apa saya nak bagi tahu bila kita masuk mana2 pelaburan itu ada risiko kita sendiri… Untung pun kita rugi pun kita jangan pula kita menunding jari… Semoga highway bertambah maju dan menjaga amanah didunia dan akhirat kelak… Amin

  30. Roslan MD says:
    January 19, 2016 at 12:02 pm

    Rasanya dah lama program ini berjalan. Pembayaran masih berjalan seperti biasa. Persoalannya di manakah yang dikatakan tidak benar sedangkan tiada lagi tindakan dari BNM. Apa yg utarakan oleh saudara Azizi ada juga benarnya. Satu skim yang kita sendiri tidak tau sebesar mana dananya dan boleh membayar satu jumlah pulangan yang melebihi 100%.

  31. Roslan MD says:
    January 19, 2016 at 12:06 pm

    Kenapa sehingga sekarang masih tiada lagi tindakan undang-undang diambil kerana mengambil tunai dari orangramai?

  32. Naufal says:
    January 19, 2016 at 11:45 pm

    Assalamualikum.Ape yg dikatakn tuan azizi sy positifkn. Hak masing2 untuk melabur.tuan azizi cuma berpesan pada kita.berhati2 dan berwaspada dengan pelaburan yang membabitkn wang deposit… real biz ialah biz yang ada produk. Biz yg menjalankn operasi jual bli… sekian wassalam

  33. staring tamil says:
    January 20, 2016 at 12:12 am

    AKU HANYA MAMPU TER HAHAHAHAHA dan HAHAHAHAH

    ini owner jgn kasih salah…. dia cuma mau kasih INGAT maaa bukan mo kasih buruk2 atau cemburu…. sya sangat setuju dengan PANDANGAN BELIAU…. dia berkata mcm gitu biar kita tapis sendiri baik buruk… ibarat makan BUDU… sya pun maki orang makan BUDU depan sya sbb busul… tapi apabila saya MAKAN tu BUDU sedap pulaa hahaha SABAH maa pantang nampak asal sadap… hahaha

    TAPI… WALAU BAGAIMANA PUN SYA DA MASUK da 5 akaun pakej AMBER

    cuma nak try saja… kalo ada.. ada la… kalo teda.. sya anggap sya bagi najib laa sbb dia kaki GST…

    tapi sya harap berjalan lancar laa… walaupun sya xtau operasi biz ni mcm mana… asalkan rouling duit tu bjalan seperti biasa alhamdulillah…. bah sepa mo join sama syaa dipersilakan.. syaa bawa tanpa amik duit sponser… niat sya nak menolong… bangla2 dan indon kat pahang pun sya tolong tnpa amik bonus sponser…. janji jgn tamak cukup 4bulan tutup pastu sambung semulaaa…. call syaaa atau wasuup 0179102309…. sama2 labur bah… yg sya sukaa ni…. mcm YB bah dtg p tempat downline kita kasih duit… best gila mcm kita pulaa dihargai… mcm YB bah.. hahah

    mo ckp lebih2 susah pula… rasa sndiri la kan….mo sedap ajak semua org yg susah…. tolong org susah inshaa allah… nak amik sponser bonus terserah.. tp kalo nak join sya… sya xmgharapkan bonus sponser… sya niat nak menolong… kalo nak kecam syaa… tu no diatas… jgn risau… hahaha

  34. tamil NADU says:
    January 20, 2016 at 12:23 am

    opzz lupa nak bagi tau.. sya tara pakai PHD.. tu SBB tulisan diatas tungang langgang..

    ramai yg komen di atas tu da join highway 4bulan keatas termasuk sya….. sya yg kaki maki depan2 org yg invite biz ni pun boleh terjebak.. kenapaa???? arhh try dlu bru tau… steady bah kamu… jgn gelabah bah kalo tu abg azizi bagi nasihat…. relex sudah…

    ok bah kalo kau.. hihi

  35. aku bkn ahlong tapi mau tolong says:
    January 20, 2016 at 11:31 am

    alhamdulillah sejak kewujudan hgr ni…sedikit sebanyak mangsa bnjir di kelantan yg masih berkhemah shga kini sudah pun membina sebuah pondok..yg masih mempunyai rumah sudah pun boleh dibaiki dgn duit sndr..nak harapkan duit dr org tu..emmm..kalau penyokong dia dpt r bos..tp tdk mngapa rezki bkn dr orng tu..rezeki Allah dimana2..setakat hr ini 20/1/2016 seperti biasa wang saraan akan sampai ke tgn penyimpan2 semua..ianya sudah termaktub dlm hgr wang saraan tdk akan lewat walau sehari n xpernah kurang walau 1sen…tahniah kpd penerima…yg belum sertai jom sertai kami..350 xkaya xmiskin…anggap saja 350 tu terGSTkan…org susah saje..yg dah bnyk duit jgn kondem or simpan saja dlm fix deposit or beli SSP bnyk2…

  36. Mas Sukri says:
    January 22, 2016 at 5:22 pm

    memang ramai yg memfitnah macam Azizi nie.
    Biarkan dia.
    Nak tanyalah, berapa ramai yg Azizi dah ubah kehidupan orang dari susah kepada senang, berapa ramai yg Azizi dah jadikan jutawan?

    Dah lebih 1 tahun Highway berjalan, tak pernah lagi gagal atau lewat bayar duit saraan walaupun 1 sen dan tak pernah lewat walaupun sehari.

  37. Tuan Aziz says:
    January 22, 2016 at 6:48 pm

    Dulu saya respect Azizi Ali. Mungkin kerana dia mempunyai PhD. Saya ada apa? Setakat lulus Darjah 6. Tetapi setelah membaca komen dari beliau ttg Highway, sayakurang setuju dengan pandangan beliau. Mungkin beliau Mentor Wang tetapi itu tidak bermakna beliau sangat arif atau betul dalam semua hal ttg kewangan. Kalau lah bijak sangat, kenapa tak dipilih menjadi penasihat kewangan negara yg kian rundum sekarang?
    Pokoknya semua yg melabur di dalam Highway rata2x nya mengatakan mereka mendapat bonus dan saraan tepat pada masa nya. Jadi jangan nak menutup periuk nasi orang lain. Biar lah mereka tu. Mereka melabur dengan duit sendiri, hasil peluh sendiri.
    Untuk Azizi Ali, saya ucapkan selamat maju jaya dalam apa jua lapangan yg diceburi dan saya tak akan menutup peluang Azizi Ali. Kita sama2x cari makan.

  38. SS says:
    January 22, 2016 at 11:28 pm

    Cerita psl duit,smua btul..sbb tu riba pn korg pndg tepi,main telan je..saudara azizi cma bpesan,jgn sdh thantuk bru nk terngadah plk..HGR mmg bg korg duit bln2,sapa ckp x bg..mslhny skg ni korg sedar ke x yg korg telan tu duit riba yg terang2 HARAM..xda sapa nk ttup periuk nasi org d sni,tp bterima ksh la klu org tu bleh selamatkn korg drpd siksa kna mnjawab d akhirat nti sbb mkn duit riba..korg nk sdp d dunia ke nk sdp d akhirat?bpesan2 sesama kita tu kan tgungjwb bsama..jgn sbb org bg duit bkepuk2,korg puja,bila bg nasihat korg maki plk..sma2 amik iktibar..wallahualam..

  39. rr says:
    January 23, 2016 at 12:04 am

    sy sokong en azizi 214%. jelas riba di situ..pastikan halal.yg mula2 mmg untung tp yg msk kemudian risiko sgt tinggi..
    ramai yg dah terkena..baru2 ni pelaburan saham emas menywrupai pak man telo dah bungkus. akibatnya ramai yg rugi..skrg saham ni pulak…tlg berhati2…maaf sy tak kan join

  40. Swandy says:
    January 23, 2016 at 4:57 pm

    Soalan saya; dari mana punca duit ni datang? Dari forex? Kamu kata bukan skim forex.
    Dari hartanah? Tapi kamu kata bukan pelaburan.
    Dari koperasi? Apa subject koperasi kamu buat, sedangkan tiada kelulusan kerajaan?
    Duit derma? Penderma pun dapat duit dari penderma???? Ponin ponin aku!!
    Duit kutu? 4 bulan dapat 1100 mana lagi 300?? Sapa rembat?? Cakap!

  41. latif says:
    January 23, 2016 at 9:03 pm

    [00:14, 1/22/2016] mat seri: Dato’ Seri Zawawi Chairman Highway dah kena tangkap di Tanah Merah kemarin jam 5 ptg.
    [00:14, 1/22/2016] mat seri: Skrg dlm Lokap..se mlm dia gi Tanah Merah dgn Helikopter.. Bodygard 10 org.. Turun Heli polis terus tangkap..
    betul ke niee???

  42. Ridhuan says:
    January 24, 2016 at 1:04 am

    En. Azizi – Jika benarlah HWG ini menjalankan pelaburan yang salah di sisi undang-undang dan Bank Negara, saya minta en. Azizi buat report segera supaya tidak ramai yang bakal menjadi mangsa penipuan HGR ini. Jika dalam tempoh sebulan ini HWG masih beroperasi bermakna en. Azizi lah orang yang tidak boleh di pakai dari segi tutur-kata atau penulisan. Pembaca di sini boleh melihat siapakah yang benar en. Azizi kah atau HWG? – sekian terimakasih.

  43. fayed says:
    January 25, 2016 at 3:10 pm

    assalam semua,

    saya hanya mahu pencerahan tentang pelaburan Higwaygroup ni adakah mematuhi hukum syarak,kerana dari apa yg saya tahu ciri2 pelaburan yg tk sah disisi islam ialah-
    1) Tidak boleh ada jaminan modal atau keuntungan dalam masa yang ditetapkan.
    2) Tidak boleh terlibat dengan money Game atau ambil duit ahli yg baru untuk membuat pusingan modal atau bagi keuntungan dan komisen pada ahli lain.
    Sila rujuk keterangan Ustaz DR Zaharuddin (www.zaharudiin.net) Pensyarah kanan UIAM dan Ustaz Azhar Idrus tentang pelaburan Haram dalam Islam.
    Ingatlah dalam kita mencari kesenangan hidup di dunia halal dan haram janganlah kita abaikan,lebih-lebih lagi duit itu akan menjadi darah daging dan dibelanjakan untuk makan minum anak dan isteri,yang haram tetap haram jangan kita memberi pelbagai alasan untuk menghalalkanya kecuali ada dalil yang kuat untuk kita meneruskanya.

  44. Nizam says:
    January 25, 2016 at 7:59 pm

    Bank Negara, Suruhanjaya Syarikat dan Suruhanjaya Sekuriti dah dimaklumkan tentang perkara ini. Boleh tengok respon agensi dari blog http://www.shamsuriyadi.com/scam-alert/skim-highway-group-resources/

  45. sofieaa aniey says:
    January 26, 2016 at 6:55 am

    Biasa la..selagi belum terkena..ckp buruk mcmne pon xkn pecya…semuanye indah dn baek2 sje…tpi bila dh terkena…xkn ad owg laen yg boleh bantu utuk bangkit semua…bkn nk kata…mula2 memg la nmpk semuanye indah belaka..tapi bila dh sampai had dan kekayaan yg bg dyowg “perghhhh”..bru la tektik “menghilang” menjelma..so..pada yg bakal kne tipu termasuk huby sy…selamat meleburkan wet anda yerk…

  46. saraan highway says:
    January 26, 2016 at 3:12 pm

    siapa nak join group penerangan highway sila hubungi 0134035478. highway bukan pelaburan. highway adalah komuniti yg bersepakat utk saling bantu membantu sesama ahli.. hukumnya harus.. macam takaful dan khairat kematian.. kita kutip duit utk bantu ahli komuniti bukan utk pelaburan.. bukan juga utk perniagaan.. jika rasa nak bersama highway, hubungi sy. semua penjelasan lanjut akan diberikan.. ahli highway dah mencecah 418,000 org.. semua yg join bukan bodoh dan mereka kaji sebelum join.. jadi, kaji dulu sebelum kluarkan fakta yg salah kerana fakta yg salah akan menjadi fitnah.. anda yg dpt dosa nanti.. kalo nak join jgn malu2 utk whatsapp 0134035478..

  47. Afiqah says:
    January 26, 2016 at 4:11 pm

    Soalan: saya ingin tahu berkenaan sebuah skim pelaburan skim muwafakat jemaah, lebih kurang dinamakan high ways grup. Ia berfungsi macam skim khairat kematian, tolong menolong antara satu sama lain. Pelaburan paling rendah rm 350, akan dapat pulangan dalam bentuk hibah rm 100 sebulan selama empat bulan, lepas tu reinvest semula. Hibah itu adalah dari komuniti yang pernah kita bantu.

    Jawapan
    Ia adalah skim cepat kaya dan riba. Walaupun digunakan nama “muwafakat”, tolong menolong, tidak ada sesiapa yang nak tolong berikan duit kpd peserta lain yg juga tamakkan duit, kalau tidak ada pulangan, kecuali atas dasar sedekah. Pemberian hibah atau sedekah pada khairat kematian berbeza kerana ia betul betul bertujuan tabarru’ dan kebajikan. Ada yang bayar sikit, tapi meninggal lebih awal. Ia bertujuan untuk menampung kos penyelenggaraan jenazah, bukannya pulangan tetap yg begitu tinggi dan tak masuk akal.

    Sekiranya bukan sedekah/ tabarru’ habis apa dia? Oleh kerana bayaran modal rm 350 dijamin modal dan bayaran pulangan, maka ia adalah pinjaman (qard). Oleh kerana dibayar lebih, (RM10,o00 lepas setahun) walaupun dinamakan hibah, dinamakan muwafawakat jemaah, ia adalah riba yang haram.
    Wallahua’lam

  48. Highway Group Supporter says:
    January 26, 2016 at 6:14 pm

    Pada pendapat saya, Highway Group sesuai utk rakyat marhaen mcm kita. Dihimpit atas bawah..
    Highway Group tidak menjadikan kita kaya serta merta tetapi membantu kita merancang dan menguruskan kewangan kita terutama bebas hutang. Yg indah ttg Highway ialah kita membantu orang. Doa orang yang dibantu amat berkat. Highway membuatkan semua ahli utk jujur dan bertanggungjawab sesama ahli. Semoga perjuangan Highway dirahmati dan diberkati. Amin.

  49. Nizam says:
    January 27, 2016 at 8:47 am

    Dulu geng2 tegar Wadiah Trading la, GWGfx la sume sembang kencang mcm ni jgk. Hati da 100% kat skim… bile da terkena baru la nak cari owner,IB,leader sampai lubang kubur la, tunggu di akhirat la. Sistem sama, pusing2 endingnya mesti lambat bayar, withdraw x lepas…

  50. highway best says:
    January 27, 2016 at 12:47 pm

    saraan highway terus masuk akaun. bukan dalam ewallet.. x payah susah2 nak withdraw.. cukup haribulan, dah ada duit dalam akaun..

Comments navigation

Newer comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp