Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Kisah RM100 berkat Doa Ibu & Kembali Pada Allah Maha Kaya

Posted on September 28, 2014June 23, 2022 by Sabri Ahmad

Subhanallah, Maha Suci Allah Tuhan Sekelian Alam.Saya masih belum mengerti bagaimana saya boleh terselamat dari krisis kewangan 3 tahun lepas, kisah yang benar-benar berlaku kepada diri saya ..

doa ibu

# Elektrik nak dipotong – tertunggak RM10,000.00
# Sewa RM4,000.00
# Hutang pembekal RM15,000.00
# Hutang kawan yang dituntut sebab terdesak (kalau tak silap dalam RM4,000.00)

Berlaku dalam bulan Ramadhan 3 tahun lepas. Masa tu saya hanya ada sebuah kedai makan (D’Apple Cafe & Restaurant) dan tunai di tangan hanya RM100.00 sahaja (dalam bank tiada dan tiada benda yang bernilai untuk dicagarkan) serius, ianya benar.

Hutang sewa, tnb, pembekal perlu dibayar dalam masa terdekat lebih kurang dalam RM40,000.00.

Menangis tak cukup air mata. Tengok anak-anak, lagi deras air mata keluar. Bagaimanalah nasib mereka, macam-macam keluar. Cukup ke makan minum mereka, kebulur tak mereka. Sudah dirasakan tiada jalan. Berpelukan suami isteri sambil menangis sampai ke pagi. Mata bengkak, tubuh longlai kepenatan, tidur hanya beberapa jam. Namun tiada selesai jua masalah walaupun keluar air mata darah sekalipun. Nak pinjam along? Takut, lagi pun apa yang nak dicagarkan.. Nak pinjam adik beradik, ada yang dah pinjam, malu sebab yang lama belum langsai. Tapi ada yang bagi RM500 seorang, Terima kasih Kak Muni dan Kak Tie, syukur .

Dunia dah gelap, buntu, terasa tiada jalan keluar, betul-betul tak tahu nak buat apa dah. Tangan terketar-ketar, lidah kelu, penasaran dan ‘blur’. Hari-hari ditekan dengan panggilan meminta hutang. Tiada tenang walau seketika. Hidup dalam keadaan tertekan sentiasa dan tiada putus-putus menyebut “Ya Alah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah”buy cheap inflatable pool online

Tak tahu nak buat apa, pergi cerita , mengadu, merintih dekat umi tersayang, tercinta. Minta doa, mintak restu tapi tak mintak duit. Umi minta bersabar. Mulai dari itu, tiada pernah tertinggal satu malam pun umi buat solat hajat. Mohon dipermudahkan urusan anak lelaki ‘keras kepala’ ni.

Asal je celik mata, menangis, sebelum pejam mata, pun menangis. Kedai makan tutup sebab terlalu sedih dan kecewa. (dalam 3-4 hari tutup kalau tak silap) Salah satu sebab jadi teruk begini adalah kerana ditipu pekerja, tak jaga akaun dengan baik dan miss management. Akhirnya, Saya kata kepada isteri,

” Kita meraung siang malam pun tak ada guna. Sayang… jom kita pegi buka kedai yer. Kita serah kepada Allah nasib kita. Kita usaha, kita bangkit, kita baiki balik, Sekurang-kurangnya duit masuk daripada dok menangis siang malam lagu ni…”

Tiap-tiap malam berdoa pada Allah agar dikeluarkan dari bencana ni. Sungguh, hutang ni mendatangkan kerisauan di malam hari dan kehinaan di siang hari. Tak tertanggung jiwa raga.

Dan pada masa tu seminggu sebelum raya, bermodalkan RM100 yang tinggal, kami buka balik restoran dan mulakan semula operasi. Mulakan balik dengan apa yang ada. Beli sayur sikit, ayam sikit, daging sikit, dan satu sen pun tak tinggal modal.. Saya cakap benar dan jujur, tiada satu sen pun yang tinggal. Tukang masak tak ada masalah sebab kami berdua yang jadi chef nya. Pekerja lain? Adik ipar dan beberapa pekerja part time (student kolej berdekatan, student dari sarawak yang tak balik raya). Cerita pada hari pertama. Dapat hasil jualan RM100 selepas 2 jam beroperasi, pergi beli tambahan bahan mentah RM100 pula. 2 jam selepas tu dapat hasil, dan masa tu juga pergi beli tambahan ayam, ikan, sotong, udang dan beras. . Hari pertama dapat jualan RM 700 (lebih kurang, hasil dari modal RM100 pertama yang dipusing beberapa kali pembelian dalam masa sehari). Hari kedua dah punya modal yang mencukupi.., Alhamdulillah..

Allah Maha Kuasa, ramainya pelanggan. Subhanallah! Keajaiban berlaku. Dari seminggu sebelum raya dan 2 minggu selepas raya, saya dapat langsaikan hampir 3/4 dari hutang/bebanan yang ada. Hampir RM35,000. Saya sendiri pada masa tu tidak rekodkan jualan atau keuntungan berasa sangat hairan bin ajaib dari mana datangnya duit sebanyak tu untuk selesaikan hutang. Sampai ke hari ni ianya masih menjadi misteri. Siang malam kami suami isteri cuba cari jawapan dari mana datangnya sumber wang itu namun tak jumpa. Apa yang saya tahu, hutang selesai. Walaupun tak semua tapi hampir 4/5 hutang yang ada., SELESAI.. Kami BEBAS dan mula terseyum.

Kisah ni betul-betul terjadi pada saya 3 tahun lepas dan bila mengenang kembali, saya selalu mengucap SYUKUR ALHAMDULILLAH. Berkat doa dan restu ibu, dan doa yang yang tak henti-henti, keajaiban boleh berlaku bila-bila masa dengan keizinan Allah..

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Allah mendengar permintaan hambaNYA yang betul-betul meminta dan tiada putus-putus meminta. Hanya pada waktu yang betul-betul tersepit, kita paling dekat dengan Allah. Allah tidak melakukan sesuatu dengan sia-sia. Segala ujian yang diturunkan adalah untuk mebuatkan kita lebih kuat dan berjaya.

Jangan mengeluh bila ditimpa ujian. Kembalilah kepadaNYA. Pasti jaya menunggu kita. Percayalah ” Disebalik kesulitan, pasti ada kemudahan “. InshaAllah.. Jangan putus asa yer..

Wasalam..
https://www.facebook.com/ab.hakim.1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

1 thought on “Kisah RM100 berkat Doa Ibu & Kembali Pada Allah Maha Kaya”

  1. binance register says:
    March 10, 2026 at 7:25 am

    Thanks for sharing. I read many of your blog posts, cool, your blog is very good.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp