Tidak sampai seminggu lagi . umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri.Kebiasaanya seminggu sebelum raya . jalan raya akan dipenuhi dengan kenderaan.Masing-masing akan memandu berlumba untuk sampai ke kampung halaman.Ada yang memandu dengan kenderaan sendiri , perkhidmatan awam dan menumpang kenderaan kawan.
Bagi mereka yang balik kampung menggunakan kenderaan sendiri pastikan menyemak 10 perkara penting.Perkara yang perlu di ambil perhatian adalah tayar , minyak enjin , sistem brek , Stering Berkuasa , Sistem Transmisi , Bateri , Penapis Angin & Minyak , Penyejuk Udara , Radiator dan Palam Pencucuh.Maklumat penuh Megat
[ad#advertlets]
Diantara 10 perkara diatas , 2 perkara yang paling wajib anda perhatikan adalah tayar dan sistem brek.
Pastikan tayar mempunyai trek bunga yang sepatutnya (kalau boleh jangan guna tayar celup), angin dalam tayar , kedudukan tayar .Sistem brek juga memainkan peranan sangat penting , pastikan anda memeriksa cakera brek , minyak brek dan pad brek.Nanti kalau ada lembu melintas jalan secara tiba-tiba takkan nak brek guna kaki seperti naik basikal :p.
Bagi orang islam sebelum memulakan perjalanan , baca doa naik kenderaan untuk memohon perlindungan dari Allah S.W.T

Ertinya: maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya dan kepada Allah kami kembali.Sumber Jabatan Mufti Negeri Selangor
