Assalamualaikum dan salam sejahtera.Semakin hari semakin suram blog ini dibuat oleh tuannya.Kalaulah blog ini boleh bersuara sudah tentu blog ini merajuk dengan tuannya.Kadang-kadang blog ini sudah hilang arah tujunya.Adakah ke utara,selatan,timur atau barat.Kemana arah sekali pun blog ini tetap bernyawa kerana tuannya masih bernyawa.
Kadang-kadang aku berfikir , tidak cukupkah masa yang Dia bagi pada kita semua sehingga tidak mampu mengurusnya sebaik mungkin.Banyak sangatkah kerja aku sehingga tidak mampun membelai blog ini ?Susah sangatkah mengurus blog ini sehingga aku abaikannya ? Aduh sakit kepala bila difikirkannya….
Fikir punya fikir , renung punya renung , semuanya terjawab.Kegagalan seseorang adalah bergantung pada seseorang.Bukan tidak cukup masa tetapi tidak pandai mengurus masa.Bukan tidak cukup duit tetapi tidak pandai mengurus duit.Bukan susah sangat pun mengurus blog tetapi tidak pandai menguruskannya….
Kesimpulannya….setiap apa yang kita lakukan perlukan pengurusan yang bijak.Berjaya kita menguruskannya , maka berjayalah.Gagal menguruskannya , maka gagallah.Tahun 2009 bakal meninggalkan kita dalam beberapa hari lagi.Kalau dah habis tahun 2009 maka tahun 2010 tiba.Apa azam tahun baru ? Azam tahun baru aku , belajar dan terus belajar mengurus sesuatu dengan bijak.Sekian terima kasih..noktah…..

buat live blogging adjer senang. hehe 🙂
memang patut di pertimbangkan 🙂