Kelantan(–) ke cundang di kaki Negeri Sembilan (3).Aduhaiiiiiiii , kecewanya aku…..kecewa dengan penyokong Kelantan yang tinggalkan pemain Kelantan yang memerlukan sokongan moral dan kecewa dengan corak permainan pemain.Andai kata aku yang main , memang dah lama”main orang”…..Apa pun tahniah ler buat Kelantan kerana dapat memeriahkan suasana bola sepak Malaysia yang hampir pupus.Walaupun menghadapi liku-liku yang mencabar.
Andai kata bukan Kelantan ke final Piala Malaysia adakah pihak tv dapat buat duit , pihak akhbar dapat duit , pihak stadium dapat buat duit…Memamg berbaloilah jika 2 3 kerusi dibakar sebagai tuntutan ganti rugi beli tiket :)……Teruskan menyokong Kelantan kerana Gomo Kelate Gomo kekal selamanya……..Ahhh malas ler aku nak ulas panjang,,,,perasaan kecewa masih menyelubungi aku , lebih-lebih lagi banyak sms yang aku terima dari no tidak dikenali mengutuk aku……aduhhhhh
aku pun merasa kecewa jgk sanggup berhabisan duit beli tiket berharga rm40 tetapi hasilnya x berbaloi kelantan nmpk sangat tidak melawan apakah mereka terlalu gugup didepan ribuan penyokong yang mengharapkan kemenangan..tp x megapa musim depan ada lg.
Kawe pun kecewa jugak tp kira puas hati la – n9 punya pemain sarat dengan pengalaman kebangsaan tetapi kelate kite berape je yg penah melangkah jauh nasib baik la ada indera dan khalid jamlus buleh la bertahan . ape2 pun tahniah le sbb jauh dah jalan walaupun jalan yg dilalui penuh duri .
Cuma tengok di TV.
Semoga pemain Kelantan tak putus semangat. Cuba lagi tahun depan. Mungkin giliran kelantan pulak…
walaupun kelantan kalah ttp ada 1 yang kelantan menang iaitu kelantan dapat menghimpunkan ribuan penyokong nye yang datang dari seluruh kelantan dan seluruh malaysia..itu semua bermakna semangat dan kesatuan dalam kalangan rakyat kelantan adalah tinggi.jika dibandingkan dengan rakyat n9…
Assalamualaikum. Sekadar mencelah..dari sumber yang dipercayai sebenarnya perlawanan Kelantan pada malam tu memang sudah dibeli. Jadi tidak hairanlah ramai penyokong Kelantan bengang dan panas aksi lemah Kelantan. Semua orang tahu semangat negeri kuat makan budu ni tak kan berhenti begitu je..
penonton patut beri sokongan moral. tapi ada segelintir lak yg tak bermoral.tahniah kelantan dapat number 2.
betul ker bro…aku ada dengar orang cakap…ini perlawanan antara parti BN dengan PAS…macam-macam ler …
tak logik…lagipun apa faedahnya beli2 perlawanan dlm liga malaysia utk politik?? kalu utk judi tue logik jugak…lebih baik senyap jer pada kenyataan yg kita tak pasti. Tak baik sebar fitnah..ada 22 pemain kat situ, nak ker kita terima 22 ganda dosa kerana mengata diorg?!
Aku tgk bola aritu kat TV…yg aku pasti kelatan mmg out kat bahagian defense berbanding N.9 yg ada ramai pemain berpengalaman. Lagipun aku pelik nape jurulatih kelantan tak masukkan khalid jamlus awal2 bantu Indra???
Penyokong kelatan ‘mengamuk’ malam tue aku pecaya sebab kecewa…dah lama sangat nnti nak jd juara. Tp jd naib juara pun ok per? Kira hebat ler tue…