Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Kartika-Wanita Pertama Dihukum Minum Arak !

Posted on August 24, 2009April 21, 2016 by Sabri Ahmad

Eshhh betul ke Kartika merupakan orang pertama yang disebat atas kesalahan meminum arak dikhalayak ramai ? Kalau betul , teruk betul penguatkuasaan yang dijalankan.Apa pun aku ucapkan syabas kepada Kartika kerana berani mengaku dan berani menerima hukuman.Semoga Allah Taala menerima taubatnya di bulan yang mulia ini.

Hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno kerana meminum arak, yang sepatutnya dijalankan minggu ini, ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadhan, demikian dinyatakan di sini hari ini.

kartinaPengerusi Jawatankuasa Dakwah dan NGO Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz yang mengesahkan perkara itu berkata, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menerima arahan daripada Pejabat Peguam Negara bagi menangguhkan sementara hukuman sebat itu.

“Hukuman (sebat) bagaimanapun kekal, dia akan menjalani hukuman selepas bulan Ramadhan,” katanya di Kuantan hari ini.

Pagi tadi tiga pegawai penguatkuasa JAIP dipercayai telah pergi ke rumah Kartika di Sungai Siput, Perak, untuk membawanya ke Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman sebat itu.

Namun, mereka kembali semula 30 minit kemudian selepas dikatakan menerima arahan untuk melepaskan sementara ibu kepada dua anak itu.

Pada 20 Julai lepas, Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel pada 11.40 malam 11 Julai 2008.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.

Pada 18 Ogos lepas, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus memerintahkan Kartika ditahan berkuatkuasa hari ini bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan itu.

Kartika merupakan wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini.

Di Perak, Kartika membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kuala Kangsar pada 12.30 tengah hari untuk mengelak daripada dituduh melarikan diri daripada hukuman kerana tidak dibawa ke Penjara Kajang.

Bapanya Shukarno Abdul Muttalib, berkata tiga pegawai JAIP menjemput Kartika dari rumahnya di Sungai Siput pagi tadi tetapi menghantarnya semula setengah jam kemudian dengan alasan hukuman sebat tidak dapat dijalankan pada masa ini.

Shukarno berkata beliau tidak faham tentang apa yang berlaku dan
menasihatkan Kartika membuat laporan kerana bimbang kemungkinan polis akan menuduh anaknya melarikan diri daripada hukuman. BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

5 thoughts on “Kartika-Wanita Pertama Dihukum Minum Arak !”

  1. etomyam says:
    August 24, 2009 at 10:59 pm

    sungguh kagum dengan ketabahan wanita ini menjalani hukuman duniawi atas kesalahannya. Umum juga sudah mengenatu entah berapa ramai lagi umat Islam yang dok menogok air haram tu tapi tak terkantoi pulak tu. Semoga ketabahan beliau memberikan faedah dan manafaat kepada Muslimin yang lain

  2. Mindaku Di Sini says:
    August 24, 2009 at 11:51 pm

    wanita pertama sbb dia sendiri mtk dirotan..dan hakim mahkamah syariah tuh pon sanggup bagi..kalau ikut undang2 malaysia even syariah pon..takde pn kalau minum arak kena rotan..lalalalala

  3. Sabri Ahmad says:
    August 25, 2009 at 8:06 am

    bagus betul kartika erk…

  4. nazri says:
    August 25, 2009 at 11:59 am

    ikan bilis pukatnya berjaring halus, ikan besar pula berjaring besar…mudahlah terlepas…

  5. padijantan says:
    September 6, 2009 at 7:17 am

    Sebuah filem pendek akan di pertontonkan dalam masa terdekat ini yang mengikaskan isu sensasi yang akan menemplak pihak tertentu berkenaan isu Kartika Sari Dewi Sukarnor.

    Sejahuh manakah proses pembikinan filem pendek ini berjalan dan apakah Objektif serta Matlamat yang akan disampaikan…?

    Sama-samalah kita nantikan saat-saat kemunculannya…

    Kebanyakan fakta yang di sebut dan di ulas berkenaan isu Kartika Sari Dewi Sukarnor, boleh di katakan jauh berbeza dari apa yang beliau sendiri sampaikan sama ada dari “verbal” mahu pun “non verbal” yang tidak di fahami oleh pengamal-pengamal media masa kini.

    Dengan pendekatan konsep 1 Malaysia sebuah filem pendek karya dan arahan padi jantan http://padijantan.blogspot.com( http://www.youtube.com/pad1jantan ) & ( http://www.worldtv.com/padijantan ) akan di terbitkan bagi menyampaikan message Moral dan Hikmah sesuatu yang di takdirkan Allah kepada hambanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp