Saya cukup terpukul dengan tindakan seorang rakyat yang mengaku rakyat Malaysia tetapi menghina bendera negaranya sendiri. Adakah dia layak untuk menjadi anak Malaysia sedangkan dia tidak menghormati bendera Malaysia.

Pada pandangan insan yang “bodoh” bendera hanya satu lambang sahaja.Namun bagi insan yang cerdik ia penuh dengan seribu makna.Sebelum melakukan sesuatu tindakan , fikir lah secara matang dan rasional.Allah S.W.T memberi kita akal dan fikiran untuk berfikir bukan untuk diperam menjadi pekasam.
Walaupun dia begitu marah dengan Pak Lah, tetapi janganlah salahkan bendera negara Malaysia. Saya sebagai anak Malaysia cukup marah dan saya tahu masih ramai lagi rakyat Malaysia yang bengang dengan tindakan yang tidak bijak itu.Mungkin tidak ada kepuasan dalam hati setiap rakyat dalam pimpinan sekarang tapi kita tetap warganegera Malaysia walau apa pun yang terjadi.Janganlah kerana nyamuk seekor kelambu di bakar.
Kerana blooger seperti kamu lah menyebabkan nama blogger yang berjasa untuk negara tercemar.Tidak ada isu lainkah untuk kamu tulis.Jangan bazirkan masa kamu dengan menulis perkara yang menyusahkan kamu dan orang lain.Pesanan untuk blogger lain marilah kita sama-sama nasihat dan hentam orang seperti Kickdefella Kurang Cerdik.
[ad#advertlets]
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan cadangan dari seorang penulis blog supaya rakyat mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik sempena sambutan Hari Kemerdekaan sebagai satu perbuatan “kurang ajar.”
Perdana Menteri berkata perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.
“Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia,” katanya kepada pemberita
selepas menghadiri Jambori Keamanan Antarabangsa Ketiga Pengakap di Melaka hari ini.Abdullah berkata penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya, demikian menurut laporan Bernama.
“Sahaja nak bagi orang susah dengan buat cerita yang bukan-bukan,” katanya.
Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Cadangan untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang secara terbalik itu dicetuskan oleh penulis blog berasal dari Kelantan, Kickdefella, melalui catatannya pada 4 Ogos lalu.
Kata penulis blog itu, pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik merupakan satu perkara yang diterima oleh masyarakat antarabangsa sebagai satu simbol
kecemasan, dan beliau meminta rakyat melakukannya bagi menyatakan bahawa negara ini sedang dalam keadaan tertekan.Cadangan beliau bagaimanapun mendapat bantahan dari rakyat Malaysia dari pelbagai kaum termasuk juga dari penyokong pembangkang.
Seorang pelawat blog itu menulis bahawa jika di India, pengibaran bendera negara secara terbalik tidak diterima sebagai simbol kecemasan antarabangsa sebaliknya merupakan penghinaan kepada negara itu.-Malaysiakini

….. KERAMAH JALUR GEMILANG …..
Salam…
Mohon izin numpang lalu diblog tuan tanah…
Bendera Jalur Gemilang Malaysia itu udah cukup sempurna, jangan sekali2 diubahsuai, hanya akan mencacatkan “Keramah”nya. Reka-bentuknya, warna2nya melambangkan makna2 tersendiri lagi tersirat. Pada tepat jam 12.00 tengah malam dan keatas, tanggal 31 Ogos 1957 itu, maka berkibarlah dengan megahnya, Jalur Gemilang, melambangkan erti “Kebebasan” dan “Kemerdekaan” khasnya bagi bangsa Melayu dan Persekutuan Tanah Melayu, serta warga Malaysia amnya, dari cengkaman penjajah…
AS ABOVE SO BELOW : Dengan berkibarnya Jalur Gemilang diudara, bagaikan tersuratnya takdir azali negara kita tercinta bumi Malaysia ini. Dua warna Merah Putih itu bagaikan melambangkan kemakmuran buminya dan warganya bagi 14 negeri2 dibawah kedaulatannya. Dua warna lagi Biru Kuning Emas itu bagaikan Pemerintahan DiRaja “Supreme Council DiLangit” yg merestui 14 negerinya dan hamba rakyatnya dibawah panji-panji kebesaran dibawah naungannya. Bermula berkibarnya Jalur Gemilang di Tanah Melayu ini telah direstui oleh “Wali 7 Alam Melayu…”
Apakah kedaulatan, kemakmuran Malaysia ini akan berkekalan? Kekal atau tidak bukan salah “Supreme Council DiLangit” itu, tetapi adalah kesalahan2 mereka yg dibumi. Yg memakmurkan atau yg menelingkupkan negaranya adalah salah percaturan pemimpin2nya dan rakyat2nya sendiri. Maka tak perlulah kami ulas kontroversi perjalanan politik diMalaysia ini. Perlu diketahui, dunia sekarang sedang diambang Akhir Zaman, End-Time 21.12.2012…. Antara maksod penerangannya secara Astrology adalah pengaruh Pluto in Capricorn.
PLUTO PLANET OF TRANSORMATION : Maka pembawaannya dan kesannya akan berlakunya “Tranformation”, yakni “perubahan” secara besar2an. Maka janganlah heran jika pergolakan hebat antara parti2 politik diMalaysia ini. Kerana itulah antara hukum2nya apabila “Pluto” the planet of Transformation, berada dlm zodiak “Capricorn” the house of the Devil and Structures, bermula dari tahun 2008 hingga 2024. Maka janganlah disebabkan pergolakan2 itu, dipersalahkan dan dihinakan pula bendera negaranya sendiri….
Sejak akhir2 ini udah ada warga Malaysia, dikalangan generasi baru, yg tak senang hati dgn reka-bentuk bendera negaranya. Hinggakan mahu diubahsuai, kerana tidak bercirikan Sangsaka Merah Putih. Ada juga yg suka2 cari kontroversi cuba2 diterbalikkan rupanya. Malunya kamu jadi rakyat Malaysia, tetapi tidak menghurmati bendera negara-mu sendiri. Sanggup mendewa2kan bendera Sangsaka Merah Putih itu. Makna “Saka” itu pun kamu tak tahu, apakan pula kesan2nya. “Saka” itu tak lain adalah “Jin”, lambangnya Api. Terlalu mendewa2kan memuja “Jin” pembawaannya Api, ditakuti Allah pertaruhkan Api dibawah perut bumi Malaysia. Apakah kamu mahu mengundang balak, jika berulang lagi Mini-Atlantis Ke2….????
Jika kamu hendakkan juga ada ciri2 Sangsaka Merah Putih, pada Jalur Gemilang warna Merah Putih itu sudah ada lambang2 Sangsaka Merah Putih, tetapi dlm corak bentuk, serta maksod yg lain. Apakah disebabkan kamu malu kerana Jalur Gemilang itu seperti bendera USA? Jalur Gemilang kita itu tak ada kena-mengena langsung dgn bendera USA. Jangan risau dan khuatir, usia negara USA itu tak lama, sedang menanti kehancurannya. Kerana karma2 pemimpin2nya dan warga2nya telah banyak melanggar hukum2 Allah, maka tunggulah balak-bencana yg bakal menenggelamkan mereka dlm Super-Atlantis nanti….
DARI INDUK MIM KEPADA MIM UTK MIM : Janganlah heran jika Jalur Gemilang itulah sebagai penggantinya. Tetapi kegemilangan sesuatu kaum dan negara itu datangnya bukan menggolek, terpaksa menanggong pengobanan, baru ada hasil kejayaan. Sekarang kita sedang memasuki bulan Ogos bulan Kemerdekaan Malaysia tahun 2010. Maka kibarkan bendera Jalur Gemilang, lambang kedaulatan kemegahan negara-mu sendiri. Dimana bumi kakimu berpijak, disitulah diatasnya langit yg kamu junjong. Barang siapa tidak menghurmati lagi bendera negaranya, dia adalah penderhaka kepada negaranya. Jika udah tak sukakan bendera negara-mu sendiri, adalah lebeh baik kamu hincit keluar dari bumi Mim ini.
Daulatnya bumi Malaya ini adalah untuk bangsa Melayu. Bangsa Melayu berasalnya : Dari Induk Mim, kepada Mim untuk Mim. Cuba renongkan dlm Jalur Gemilang itu baik2, kerana disitulah tersembunyinya itu “BANI MIM”. Dari manakah salasilahnya dan asal usulnya itu “BANI MIM”…???
Wallahu’alam….
Sekian, Wassalam…
Ampon dipohon…