Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Israel Jumpa Wang Emas Khalifah Islam Bukti Emas Bernilai Sepanjang Zaman

Posted on June 22, 2015 by Sabri Ahmad

wang emas dinasti islam

TEL AVIV – Sekumpulan penyelam skuba gempar apabila menemui hampir 2,000 keping duit syiling emas berusia lebih 1,000 tahun ketika menyelam di perairan Mediterranean, Israel, kata pihak berkuasa antikuiti Yahudi kelmarin.

Harta karun itu dipercayai milik khalifah dinasti Islam Fatimiah yang mentadbir sebahagian besar kawasan di Asia barat Timur Tengah dan Afrika Utara dari tahun 909 hingga 1171 masihi.

“Penemuan syiling emas itu adalah yang terbesar di Israel,” kata pihak berkuasa berkenaan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, syiling emas seberat sembilan kilogram itu ditemui beberapa minggu lalu di dasar laut sebuah pelabuhan purba, Caesarea, yang wujud pada era pemerintahan empayar Rom.

“Pada mulanya penyelam-penyelam itu menyangka hanya me­nemui syiling mainan sehinggalah mereka sedar ia syiling sebenar. Beberapa keping syiling itu diambil untuk ditunjukkan kepada pengarah kelab selaman mereka bagi memaklumkan tentang penemuan itu,” kata pihak berkuasa.

Pengarah Unit Arkeologi Maritim Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Kobi Sharvit berkata, beberapa ekskavasi akan dilakukan bagi mendapatkan lebih banyak petunjuk dalam usaha mengenal pasti asal usul harta karun tersebut.

“Kemungkinan juga itu adalah bangkai sebuah kapal perbendaharaan yang dalam perjalanan ke pusat pemerintahan di Mesir serta membawa hasil cukai yang telah dikutip.

“Terdapat kemungkinan syiling emas itu berasal dari kapal perbendaharaan yang karam ketika menuju ke pusat pemerintahan Dinasti Fatimiah di Mesir dengan membawa hasil cukai,” kata Sharvit.

“Penemuan tersebut sangat berharga dan tidak ternilai,” kata seorang jurucakap, Yoli Schwartz.

Menurutnya, harta karun itu hak Israel dan tiada ganjaran untuk mereka yang menemuinya. – Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3dmHdz6jg
Hakcipta terpelihara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (603)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
  • Enam Kelebihan Utama Simpanan Emas
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme