Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Insurans Emas Fizikal

Posted on March 20, 2011 by Sabri Ahmad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang masih dahaga dengan info/ilmu terkini.Alhamdulillah dengan kekuatan yang diberi oleh Allah Taala , saya masih mampu berfikir dan mengerakkan fizikal untuk berkongsi apa yang terbuku di fikiran ini.

Perkataaan insurans sudah tidak asing bagi kita di zaman sekarang . Semua orang tahu secara asas apa itu insurans namun tidak ramai yang betul-betul memahami secara detil apa itu insurans termasuk saya :).Dulu saya suka gelarkan “insurans itu penipu” . Luahan tersebut terhasil disebabkan kurangnya ilmu mengenai insurans.So nasihat kepada diri sendiri dan rakan-rakan sekalian , cari ilmu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Apa yang dapat saya rumuskan mengenai insurans adalah :

Sekarang terdapat dua kategori iaitu , “Insuran Konvensional” merupakan kontrak pembelian polisi bagi menanggung kerugian (jika ada). Manakala “Insurans Takaful” pula merupakan kontrak menderma dan tolong-menolong (bukan membeli polisi) kepada satu tabung bagi membantu sesiapa yang dilanda musibah.Insurans konvensional dan insurans takaful pula mempunyai 2 pecahan asas iaitu “hayat” dan perubatan/kemalangan.Cukuplah sekadar intro mengenai insurans kerana saya bukan seorang agen insurans tetapi agen emas fizikal / usahawan emas fizikal.Untuk maklumat lebih detil sila baca di Wikipedia atau boleh tanya dengan agen insurans / kawan / search di internet.Kalau nak lihat senarai syarikat/organisasi yang menyediakan perkhidmatan insurans boleh lihat di website Bank Negara Malaysia.

Berbalik kepada topik asal kita pada hari ini mengenai “Insurans Emas Fizikal ” . Mengikut pengetahuan saya , belum ada syarikat/organisasi yang menyediakan perkhidmatan insurans dalam bentuk emas fizikal . Persoalannya MENGAPA ? Sama-sama kita kaji dan fikirkan…….

Tahukah anda sebenarnya anda boleh cipta sendiri insurans anda tanpa melibatkan pihak lain.BAGAIMANA ? Caranya adalah melalui “beli emas fizikal ” . Semua orang kata ” emas adalah penyimpan nilai terbaik ” , kalis inflasi , susah untuk dimanipulasi dan pelaburan paling minima risiko.So hari ini saya tambah satu lagi kelebihan adalah insurans terbaik untuk anda. Untuk renungan bersama :

Setiap bulan anda mengeluarkan duit fiat untuk membayar pakej insurans yang anda langgan . Bila “mengalami saat kecemasan , anda perlu memohon bantuan mengikut pakej yang anda langgan.”Nota : Setiap tahun nilai “duit fiat” semakin susut.

Anda mengeluarkan duit fiat untuk beli emas . Bila “mengalami saat kecemasan , anda boleh jual / gadai tanpa perlu mengikut pakej.”Nota : Setiap tahun nilai “emas” semakin naik.

Kesimpulan dalam soal ini adalah , masing-masing mempunyai kelebihan dan keburukan tersendiri.Anda sendiri yang menentukan pilihan.Buatlah pilihan terbaik untuk diri anda untuk kehidupan sementara yang lebih mendamaikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 thought on “Insurans Emas Fizikal”

  1. Pingback: EmasKarat.Com » Blog Archive » Pengiraan Zakat Emas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (603)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
  • Enam Kelebihan Utama Simpanan Emas
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme