Pada 31 Ogos 2008 kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 51 tahun.Sudah 51 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.Adakah rakyat kita juga sudah 51 tahun merdeka ? .Adakah kita sudah merdeka dari segi pemikiran dan teknologi.Jawapan yang pasti ada dalam hati setiap wargangera Malaysia.
Cukupkah sekadar kita melaungkan Merdeka ! Merdeka ! Merdeka . Cukupkah sekadar kita menyambutnya dengan mengadakan acara-acara.Semua itu hanya lambang bagi memperlihatkan semangat merdeka secara luaran.Namun yang paling penting semangat kemerdekaan dan cinta kepada negara perlu ada dalam diri setiap rakyat Malaysia.
[ad#advertlets]
Negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Namun begitu tema hari kemerdekaan diwujudkan pada tahun 1970 iaitu selepas 13 tahun merdeka.Berikut adalah tema mengikut tahun :
1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000 Keranamu Malaysia
2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 5 Ogos 1957.
Upacara menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani di antara Raja-Raja dengan wakil Baginda Queen, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Donald MacGillivray di King’s House, Kuala Lumpur pada 5 Ogos 1957. Seramai 15 orang penandatangan utama, iaitu Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu, lapan orang Raja-Raja Melayu, Tengku Mahkota Johor dan lima orang Pembesar yang berkuasa dari Negeri Sembilan (selain daripada Yang Dipertuan Besar). Perjanjian ditandatangani dengan menggunakan pena yang khas bertulis Federation of Malaya Agreement 1957 dalam 40 salinan (20 salinan Bahasa Melayu dan 20 salinan Bahasa Inggeris). Sumber Arkib Negara Malaysia
Jika anda seorang blogger/webmaster yang ingin turut serta memeriahkan bulan kemerdekaan Malaysia ke 51 tahun boleh copy kod dibawah:(letak selepas </head> dan <body>
<script language=”JavaScript” src=”http://www.kongsiblog.com/merdeka/merdeka.js” type=”text/javascript”> </script> <script language=”JavaScript” type=”text/javascript”> cot(“http://www.kongsiblog.com/merdeka/merdeka.png”) </script>
Malaysia Merdeka
