Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Harga Emas Dijangka Melonjak Tahun Depan

Posted on September 20, 2012 by Sabri Ahmad

POH KONG Holdings Berhad menjangkakan harga emas mencecah RM6,121 setiap 28 gram tahun depan berikutan jumlah permintaan terus meningkat sebaliknya pengeluaran terus berkurangan.

Pengarah Eksekutifnya, Ermin Siow berkata, permintaan terhadap emas terus meningkat khususnya untuk emas yang dijadikan medium pelaburan.

“Emas untuk pelaburan dilihat semakin mendapat perhatian kerana lebih ramai pelabur mula beralih untuk memilih emas sebagai pelaburan selepas melihat peningkatan harga yang dicatatkan saban tahun,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, jualan emas mencatatkan sedikit penurunan kerana peningkatan harga dicatatkan tidak ketara.

“Malah, ia turut menjejaskan penjualan emas pelaburan kerana pelabur melihat ia bukan masa sesuai mendapatkan emas,” katanya.

Siow berkata, Malaysia antara negara yang menawarkan harga emas paling rendah dan ia secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebagai negara yang menjadi tumpuan di kalangan pemborong emas di luar negara. – www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hargaemasdijangkamelonjak/Article/index_html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (606)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (134)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Mengenang Tun Dr. Siti Hasmah: Perginya ‘Ibu Negara’ Yang Membentuk Memori Zaman Kanak-Kanak Generasi 80-an
  • Semarak Hari Kebangsaan Ke-69: Mengapa Anda Wajib Miliki Gold Bar Merdeka 2026 Public Gold!
  • Generasi 80-an dan 90-an: Saksi Pembatas Dua Dunia
  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
imunify-bot-check