Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Guna Emas Cegah Kulit Kendur

Posted on October 28, 2009 by Sabri Ahmad

SEJAK dulu, emas dijadikan perhiasan diraja atau mata wang. Di zaman kegemilangan Ratu Cleopatra di Mesir, beliau menggunakan topeng emas untuk awet muda

Namun, rahsia kecantikan ini tenggelam dalam dunia moden sehinggalah diperkenalkan semula baru-baru ini.

Digunakan dalam produk kosmetik sebagai satu ramuan atau pigmen warna, emas kini bermanfaat untuk penjagaan kulit dan ramuan antipenuaan.

Safi mengeluarkan produk yang menerapkan partikel nano emas 24k dalam rangkaian produk penjagaan kulit terbarunya – Safi Rania Gold.

Produk ini selamat, berkesan dan disahkan halal.

Emas terbukti secara saintifik berkesan mengurangkan kedalaman kedutan. Ia meningkatkan keanjalan kulit dan memperlahankan penyusutan kolagen bagi mencegah kekenduran kulit.

Emas juga merangsang pertumbuhan sel lapisan dasar kulit untuk memastikan pertumbuhan semula sel kulit yang sihat, tegang dan awet muda.

Produk ini mengandungi protein mutiara serta vitamin B3 untuk mencerah dan memulihkan kesegaran wajah.

Safi Rania Gold Serum mengandungi Nano Emas 24K bagi mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55 peratus. Dalam hanya tiga minggu, kulit cerah berseri.

Safi Rania Gold membawakan pelbagai produk antipenuaan untuk tujuan kecantikan kulit, antaranya:

Krim pembersih wajah Safi Rania Gold

Ia membersihkan kulit daripada kotoran, habuk dan daki selain membantu menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit segar sepanjang hari.

Gel pembersih wajah Safi Rania Gold

Sesuai untuk kulit kering. Ia lembut pada kulit kerana tidak menghakis emolien semula jadi kulit setiap kali mencuci muka.

Skrub wajah Safi Rania Gold

Ia membantu menanggalkan sel kulit mati untuk menyerlahkan kulit yang sihat berseri. Gunakan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil ketara.

Penyegar Safi Rania Gold

Ia dirumus dengan air mawar bagi membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas membasuh muka.

Krim kontur mata Safi Rania Gold

Serlahkan kecantikan mata dengan sapuan krim ini siang dan malam.

Krim pelembap siang Safi Rania Gold dengan SPF20PA++

Ia membantu menangani masalah bintik penuaan dan warna kulit tidak sekata, menjadikan kulit cerah dan sihat berseri.

Krim pelembap malam Safi Rania Gold

Kulit kelihatan lebih remaja dan berseri bila bangun setiap pagi.

Krim kecantikan Safi Rania Gold

Ia membantu melenyapkan bintik penuaan dan garis halus. Krim ini boleh digunakan sebagai asas mekap. – Harian Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 thought on “Guna Emas Cegah Kulit Kendur”

  1. mohd sharizan says:
    November 19, 2009 at 1:05 pm

    nak tanya la… melalui artikel yg saya baca, produk safi yg ada nano emas ni bukan susuk sebab tak meresap dalam kulit, hanya di permukaan dan akan hilang bersama2 kulit mati bila memcuci muka (rujukan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm ) tapi tidakkah ia menjadi satu pembaziran emas dimana emas itu akan hilang begitu shj bersama2 air basuhan muka…. tidakkah ini akan memberi kesan kepada simpanan emas dunia ???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (603)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
  • Enam Kelebihan Utama Simpanan Emas
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme