Semalam berlangsungnya perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Dato Seri Najib Tun Razak.Dato Seri Najib Tun
Razak merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia ke 2 iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Pada majlis tersebut , Pak Lah juga diberi gelaran Tun ABdullah Ahmad Badawi seperti Perdana Menteri terdahulu.Ramai orang mengatakan gelaran TUN kebal.Betul atau tidak aku tidak pasti. Baiklah , setiap Perdana Menteri yang bersara akan diberi gelaran bapa ! Kalau Allayarham Tun Abdul Razak Hussein diberi gelaran Bapa Pembangunan.Pak Lah diberi gelaran Bapa Pembangunan Modal Insan ( aku tidak pasti kesahihan gelaran ini , kalau salah harap diperbetulkan ).Agak-agak kau orang semua , selain Bapa Pembangunan Modal Insan , apa lagi gelaran yang sesuai untuk Pak Lah. p/s : Aku harap artikel ini tidak disalahgunakan dengan memberi gelaran yang bukan-bukan.Sebagai orang yang beragama Islam tidak baik menghina / mengutuk sesama Islam.
