Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Emas RM 11 Juta Ditemui Dalam Kereta Kebal Dibeli Di Ebay

Posted on April 12, 2017 by Sabri Ahmad

NORTHAMPTONSHIRE – BRITAIN. Seorang lelaki yang membeli kereta kebal di laman lelongan ebay dengan harga £30,000 (RM165,514) terkejut selepas menjumpai jongkong emas bernilai £2 juta (RM11j) tersembunyi di dalam tangki minyak kenderaan tentera itu.

Nick Mead, 55, menemui emas berkenaan di dalam kereta kebal T54 Russian/69 yang dibeli bersama dengan rakan mekaniknya, Todd Chamberlain.

Ketika membuka penutup tangki berkenaan, dia menemui lima jongkong emas padat yang mempunyai berat 5.4kg setiap satu dan dipercayai bernilai sekitar £2 juta (RM11 juta).

“Kami tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kami tidak boleh mengambil lima jongkong emas dan menjualnya tanpa disoal siasat, jadi kami mengambil keputusan menghubungi polis,” katanya.

Nick mempunyai koleksi 150 kenderaan perang di ladangnya di Helmdon, Northamptonshire.

Selepas melihat kereta kebal berkenaan diiklankan di laman ebay, dia menjual lori tentera dan pistol Abbot bernilai  £30,000 untuk membeli kenderaan itu.

Pasangan itu percaya emas itu dirompak oleh tentera Iraq di Kuwait semasa Perang Teluk pada awal 90-an.

Jongkong emas berkenaan kini diambil oleh polis untuk analisis. – Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 thought on “Emas RM 11 Juta Ditemui Dalam Kereta Kebal Dibeli Di Ebay”

  1. azrinros says:
    April 12, 2017 at 2:07 pm

    Makan 7 keturunan tak habis nih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (604)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Generasi 80-an dan 90-an: Saksi Pembatas Dua Dunia
  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme