Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Beberapa hari yang lepas saudara Zulfadli telah terbitkan ebook terbaru beliau yang diberi nama Kuasa Forum.Apa itu ebook Kuasa Forum ? Ebook ini lebih ke arah buat duit melalui forum kot.Apa pun tahniah kepada saudara Zul kerana memberi peluang kepada agen affiliate seperti aku buat duit di internet.
Aku tidak berkebolehan mengulas dengan lebih detil tentang ebook Kuasa Forum ini kerana aku bukan salah seorang pembelinya.Tapi apa yang aku lihat dalam website jualan Kuasa Forum , ebook ini terbahagi kepada 5 bab ( copy and paste 🙂 ).
Bab 1: Asas Pemasaran Forum
Di dalam Bab Asas ini mengandungi pelajaran berikut:
* Istilah-istilah biasa yang digunakan di forum
* Cara mendaftar forum (langkah demi langkah)
* Cara membuka topik perbincangan
* Cara membalas perbincangan sedia ada
* Penggunaan Private Messages
* Pengenalan Asas Pemasaran Forum
Bab 2: Strategi Membina Kredibiliti
Anda akan didedahkan secara langkah demi langkah dengan beberapa strategi dan kaedah untuk membina kredibiliti di forum. Teknik yang ditunjukkan adalah 100% beretika dan akan memberikan keuntungan jangka panjang kepada anda dan juga perniagaan anda!
Antara pengisian Bab ini:
* Langkah pertama yang diabaikan oleh ramai ahli forum! Tidak melakukan langkah ini pasti akan mengundang masalah dan ‘memburukkan’ diri sendiri.
* Bagaimana mendapatkan perhatian ahli-ahli forum yang lain terhadap anda dengan penuh minat. Membina “kuasa tarikan” pada personaliti anda sehingga orang lain tertunggu-tungukan anda.
* Bagaimana membina keunikan tersendiri dan “stand out from the crowd”.
* Rahsia-rahsia pelaris untuk menambahkan kekuatan kredibiliti anda.
* Strategi mudah meningkatkan reputasi di forum. Meningkatkan reputasi akan memantapkan lagi kredibiliti anda! Kaedah ini memerlukan sedikit usaha dan masa. Tapi ia akan menghasilkan kesan yang besar!
* Cara mudah membina kumpulan penyokong. Mereka inilah yang akan sentiasa menyokong anda jika ada pihak yang cuba menjatuhkan anda atau cuba melakukan fitnah atau apa saja keadaan yang lain. Malah di satu masa, anda amat memerlukan kumpulan penyokong ini untuk terus memotivasikan usaha perniagaan anda!
Kredibiliti sebenarnya mudah untuk dibina jika betul caranya..
Bab 3: Promosi Berkesan Di Forum
Antara kaedah promosi di Forum yang akan anda pelajari adalah:
* Signature – Bagaimana membina signature yang berkesan umpama sebuah magnet yang menarik orang untuk klik tanpa berfikir panjang.
* Ruang Pengiklanan – Bagaimana menggunakan ruang iklan dengan semaksima mungkin untuk menjual produk atau servis.
* Ruang Iklan Banner – Anda akan diberikan dengan sebuah ebook panduan pengiklanan banner untuk memastikan banner yang dihasilkan adalah berkesan. Dan anda diberi cara melakukan pengiklanan banner di forum.
* Rahsia Jualan Yang “Memukau” – Ketahui salah satu cara untuk memastikan promosi anda mendapat sambutan yang menggalakkan.
* Dua perkara mudah tetapi penting yang sering diabaikan oleh ramai orang yang menjadikan forum sebagai tempat pemasaran.
* Strategi Persaingan – Bagaimana bersaing dengan usahawan lain di forum yang sama yang menjual produk yang lebih kurang sama dengan anda. Strategi yang akan didedahkan akan membuat anda lebih yakin dan seronok untuk terus melakukan pemasaran di forum!
Bab 4: Mendapatkan Rakan JV Berpotensi
Dalam sesetengah keadaan atau produk, anda memerlukan usahawan lain untuk merancakkan lagi jualan produk anda. Ketahui beberapa “rahsia” bekerjasama (JV) yang amat jarang didedahkan secara umum.
Kaedah JV yang dinyatakan di dalam Panduan Kuasa Forum ini 100% menggunakan forum! Contoh juga akan diberikan.
Dengan Rakan JV, anda boleh:
* Menghasilkan produk tanpa melakukan sebarang kerja. Anda akan diberikan contohnya!
* Mendapatkan khidmat secara percuma atau harga diskaun
* Melakukan promosi bersilang (cross promotion)!
Bab 5: Strategi Tambahan!
