Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Dah Ler “Fikir Untung Beli/Berniaga Emas”

Posted on January 8, 2010 by Sabri Ahmad

Salam sahabat emas dan salam penghulu hari bagi umat Islam iaitu hari Jumaat.Pelikkan bunyi tajuk coretan saya pada hari ini.Saya bukan suruh saudara stop membeli/berniaga emas tetapi stop fikir mengenai keuntungan emas untuk seketika.Kadang-kadang bila kita terlalu ghairah memikirkan keuntungan , kita akan melencong dari jalan yang benar ( bergantung pada seseorang ).Dalam tak sedar kita menyebabkan seseorang “terseksa” dengan kehadiran kita sedangkan emas memberi penyelesaian kewangan buat kita semua.Bagi saya , keuntungan akan datang sendiri bila kita melakukan tindakan dengan amanah , jujur dan ikhlas.Jika anda sudah mempunyai duit fiat dan sudah memahami apa itu emas dan apa itu pelaburan emas boleh hubungi saya untuk membeli emas.Emas bukan skim cepat kaya tetapi skim sepanjang zaman.

Apabila kita berjaya disebabkan oleh sokongan orang lain, maka ingatlah, ia bukan disebabkan kehebatan kita sahaja. Contohnya di dalam bisnes, kita sebagai pemilik sebuah perniagaan, maka yang menentukan jatuh bangun kita adalah ahli-ahli, staf atau agen-agen kita. Maka apabila kita mencapai satu tahap terbaik, jangan …pula mengkritik mereka. Orang berbudi, kita berbahasa.- SmartZul.

Sempena hari Jumaat yang indah ini , apa kata kita rehatkan minda dan hayati lagu “Tobat Maksiat” lagu nyanyian Band Wali dari Indonesia.

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahaladzim

Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahaladzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahaladzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahaladzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahaladzim
Cepat ucap astafighrullahaladzim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Dah Ler “Fikir Untung Beli/Berniaga Emas””

  1. pokli says:
    January 8, 2010 at 3:12 pm

    alhamdulillah
    sambil2 kita berniaga…sempat jugak kita berdakwah
    tu la apa yg Rasulullah cuba sampaikan kepada seluruh alam

    TAKBIRRR

  2. azman says:
    January 8, 2010 at 3:19 pm

    Wednesday, January 6, 2010
    selalu soalan tanya (FAQ)
    1) S: emas betul ke ni?
    J : apa pulak tak betulnya, aku dah siap pegi pajak kat ar rahnu bank rakyat, diorang dah siap test lagi, lagi satu Public Gold sertakan sekali sijil ketulenan. apa nak takut?

    2) S: kalau dah beli emas ni, nak simpan kat mana?
    J: mmmm…simpanla kat tempat rahsia, sembunyikan, jgnla pulak lepas beli ko kecoh satu kampung atau satu bangunan flet yg ko ni beli emas. diam-diam sudah…..kalau tak pun ko boleh simpan kat safe deposit box, bayar je charge tahunan.

    3) S: ada minimum buying tak? ke nak kena jadi ahli baru boleh beli emas Public Gold ni?
    J: takde minimum buying, ko beli satu dinar pun aku layan, dan jugak, ko tak perlu jadi ahli atau agen, kalau nak beli emas public gold ni.

    4) S: camne nak beli emas Public Gold ni?
    J: ko boleh beli emas ni dari agen Public Gold yang sah macam aku, cara nak beli ko boleh check kat SINI

    5) S: nanti kalau aku nak jual balik emas ni pada sapa pulak?
    J: heheheh..itu takde masalah, ko boleh jual balik pada agen yang jual pada ko, atau mana-mana agen Public Gold yang sah macam aku, ataupun ko boleh pergi sendiri ke cawangan Public Gold. itulah kelebihan emas aku ni.

    6) S: Bank Negara kacau tak?
    J: huhu…company ni cuma jual dan beli emas keluaran diorang aje, takde ‘skim’ atau agenda tersembunyi, sama aje dengan kedai emas, diorang pun jual dan beli emas jugak, bezanya,Public Gold lantik agen atau dealer untuk jual emas.

    7) S: Public Bank pun jual emas ni ke?
    J: Public bank dengan Public Gold tak sangkut paut wooo…

    8) S: macam mana aku nak tau harga emas Public Gold ni?
    J: kalau ko nak tau harga emas Public Gold ni, ko boleh check kat website http://www.publicgold.com.my untuk harga goldbar dan jugak kat http://www.publicdinar.com untuk harga goldcoin dinar. ataupun ko boleh guna sms dengan menghantar ‘public gold’ atau ‘public dinar’ pastu hantar ke 32828.

    9) S: bila waktu sesuai nak beli emas ni?
    J: bagi aku , waktu yang sesuai ialah bila dah ada duit,beli aje trus, ataupun bila ko rasa harga emas tu dah turun sikit, ko beli aje, sebab ko nak simpan lama kan……so beli ajelah…hehehhe.

    10) S: mana lagi bagus? goldbar (emas 999.9) atau dinar (emas 916)?
    J: kalau ko tanya aku, aku akan cakap dua-dua pun bagus, sebab dua-dua jenis tu pun emas jugak.

    11) S: kenapa panjang sangat FAQ ko ni?
    J: sukati akula, blog aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (603)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
  • Enam Kelebihan Utama Simpanan Emas
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme