Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Bersama Membuat Amal Dengan E-Tahlil

Posted on September 14, 2008April 20, 2016 by Sabri Ahmad

Etahlil merupakan satu portal untuk memudahkan umat Islam untuk menunaikan hajat masing-masing seperti mengadakan kenduri tahlil, solat hajat, infaq, bacaan yasin. Amalan sebegini sebenarnya telah wujud dalam masyarakat kita dan semakin dipinggirkan kerana kita tidak mengetahui fungsi dan peranannya bahkan sukar untuk kita lakukan pada masa sekarang. Ianya juga disebabkan oleh kurangnya minat masyarakat untuk hadir ke masjid dan menyebabkan majlis seperti tahlil, bacaan yasin dan solat hajat menjadi agak janggal untuk disertai.

Menyedari hakikat ini, etahlil cuba untuk memainkan peranan ini agar umat islam dapat menjalankan ibadat ini dengan sempurna. Etahlil cuba untuk menemukan mana-mana individu yang berhajat untuk mengadakan tahlil atau mengadakan bacaan yasin dan solat hajat untuk tujuan tertentu dengan kumpulan yang dapat melaksanakan ibadat tersebut. Kumpulan yang dimaksudkan ialah sekolah-sekolah tahfiz, pusat pengajian agama, pondok-pondok, masjid dan surau.
[ad#advertlets]

Apa itu bacaan Tahlil ?
BERTAHLIL merupakan satu perbuatan bacaan yang dilakukan untuk dikirimkan kepada seseorang yang meninggal dunia atau roh mayat. Ia merupakan satu tradisi tetap yang diamalkan di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Lazimnya, bacaan yang diucapkan semasa bertahlil ialah sedikit daripada ayat-ayat al-Qur’an yang tertentu, kalimah La Ilaha Illa Allah atau Subhanaallah atau lain-lain dengan niat bacaan-bacaan tersebut dapat dihadiahkan atau dikirimkan kepada orang yang meninggal dunia atau roh mayat di kalangan orang Islam. Tahlil merupakan ibadah yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan di Malaysia. Di samping itu tahlil juga merupakan satu majlis untuk mengeratkan siratulrahim kerana selalunya ianya meliubatkan kenduri dan dihadiri oleh sekumpulan kenalan. Tahlil juga merupakan sebuah tradisi yang memiliki dimensi ketuhanan (hablun minallah) yang mampu memberikan kesiraman rohani, ketenangan, kesejukan hati dan peningkatan keimanan, sekaligus juga memiliki dimensi sosial (hablum minannas) yang mampu menumbuhkan rasa persaudaraan sesama umat Islam.

Ada juga dikalangan umat Islam menganggap amalan ini sebagai “bid`ah”, “haram”, “karut”, “menyalahi sunnah”, Kenapa tidak perkara-perkara yang boleh dikategorikan sebagai khilafiyyah seperti tahlil ini dibiarkan sahaja dan diterima dengan berlapang dada, tanpa perlu dikritik dan dicemoh, apatah lagi dibid`ah haramkan. Tahlil adalah persoalan khilafiyah sehingga seharusnya tidak menjadi penghalang kepada perpaduan umat Islam terutama untuk menegakkan Ukhuwwah Islamiyah.Wajar pihak-pihak yang suka menimbulkan perkara-perkara khilafiyyah merenungi dan berlapang dada dengan isu-isu khilafiyyah, apatah lagi terhadap amalan-amalan yang telah menjadi amalan majoriti umat zaman-berzaman.
[ad#nuffnang]
Sedekah
Rasulullah saw bersabda: “Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamar (kurma)”. – (Bukhari dan Muslim)

Firman Allah swt: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar.” – Surah At-Taubah-ayat 111.

Perjanjian Allah swt dari sedekah sipemberi: Keberkatan hidup seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki. Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Perniagaannya sentiasa dalam keuntungan dan dia akan terhindar daripada penyakit bahaya. Usianya akan dipanjangkan oleh nikmat sedekah dan rezeki yang diperoleh. Keberkatan pada akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa penyesalan dan kesedihan. Matinya bukanlah sebagai seorang yang tidak mensyukuri nikmat Allah swt bahkan akan dirahmatiNya kerana keikhlasan itu.

Rasulullah SAW menegaskan dalam hadis yang bermaksud: “Apabila seseorang anak Adam mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara: Sedekah Jariah yang sentiasa mengalir pahalanya. Ilmu yang dimanfa’atkan orang lain. Doa anak yang salih. _ (Riwayat Muslim)

Keberkatan ketika dibangkitkan pada hari kiamat kelak, orang yang suka bersedekah ini akan dipayung dan diteduhkan oleh sedekahnya ketika hayat didunia. Ini pasti dapat mengelakan daripada ditimpa kepanasan dialam akhirat. Sedekah juga akan meringankan seseorang itu ketika dihisab Allah dan akan memberatkan timbangan kebajikannya. Jangan anggap pemberian itu Hak Kita, sebenarnya didalam harta kita ada Hak Mereka.

Kalau anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda. Logiknya mudah, kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?

Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.
Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. “Ini hobi bang, biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas.”

Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah. Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?

Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau “ada lebih” baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini. Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas. Jangan mengungkit, dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik

p/s : e-tahlil hanya sebagai salah satu cara untuk menyelsaikan masalah bukan untuk jadikan kita sebagai seorang yang malas dan tidak mahu membaca dan belajar Al-Quran.

Sumber : e-Tahlil.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp