Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Bank Rakyat Sasar Buka Lima Cawangan Ar-Rahnu Tahun Depan

Posted on November 17, 2009 by Sabri Ahmad

PETALING JAYA, 16 Nov (Bernama) — Bank Rakyat merancang membuka lima cawangan Ar-Rahnu X’Change baharu menerusi rangkaian francaisnya tahun depan, kata Pengarah Urusannya Datuk Kamaruzaman Che Mat.

Kamaruzaman berkata cawangan-cawangan ini dijangka dibuka di Taman Sri Muda di Shah Alam, Kota Kinabalu di Sabah, Kota Bharu Kelantan, Cheras di Kuala Lumpur dan Subang Jaya, Selangor.

“Pelaburan bagi kelima-lima cawangan ini bergantung kepada kawasan, dengan sebuah cawangan dijangka menelan belanja RM300,000,” katanya selepas majlis pelancaran perniagaan francais Ar-Rahnu X’Change yang dimiliki dan diurus oleh Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Bhd (SEKATARAKYAT) selaku francaisi, Isnin.

Francais Ar-Rahnu X’Change yang mula beroperasi sejak 18 Mei lepas, dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya kini terdapat 15 cawangan Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara, dengan tujuh buah dimiliki sepenuhnya oleh Bank Rakyat dan diurus oleh anak syarikatnya, Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS).

Menurut beliau skim Ar-Rahnu juga boleh didapati di kesemua 121 cawangan Bank Rakyat di seluruh negara.

Kamaruzaman berkata perniagaan Ar-Rahnu atau perniagaan pajak gadai Islam, di Bank Rakyat bermula sejak 1993 dan telah mengembangkannya secara berperingkat di cawangan-cawangan bank tersebut.

Katanya purata pengeluaran pinjaman setiap rangkaian Ar-Rahnu X’Change milik Bank Rakyat berjumlah RM2 juta sebulan.

Pengeluaran pinjaman dari Januari hingga Oktober 2009 telah mencecah sehingga RM1.04 bilion, dengan jumlah baki pinjaman Ar-Rahnu Bank Rakyat sehingga Oktober 2009 melebihi RM905 juta.

Sementara itu, Ismail Sabri pula mencadangkan Bank Rakyat memperbanyak cawangan-cawangan Ar-Rahnu, terutama di kawasan luar bandar.

Beliau berkata masyarakat hari ini telah mula menukar persepsi negatif mengenai pajak gadai dan menerimanya sama seperti lain-lain produk mikro kredit di pasaran.

Katanya kelebihan tersebut juga merupakan faktor penyumbang terhadap penerimaan produk berkenaan di kalangan masyarakat bukan Bumiputera yang semakin hari semakin ramai melanggan kemudahan itu.

Ismail Sabri berkata senario industri pajak gadai Islam juga turut memasuki dimensi baru apabila terbukti menjadi penyelesaian segera kepada keperluan kewangan peribadi, malah turut dilanggan untuk mendapatkan modal bagi sesuatu peluang perniagaan.

“Peningkatan tahap kesedaran Ar-Rahnu di kalangan masyarakat juga telah menjadikannya sebagai alternatif kepada kebergantungan terhadap ceti haram atau “Ah Long”, katanya. – Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 thought on “Bank Rakyat Sasar Buka Lima Cawangan Ar-Rahnu Tahun Depan”

  1. putremas says:
    November 17, 2009 at 6:29 am

    mudah2an akan terima emas Public Gold

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (606)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (134)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Mengenang Tun Dr. Siti Hasmah: Perginya ‘Ibu Negara’ Yang Membentuk Memori Zaman Kanak-Kanak Generasi 80-an
  • Semarak Hari Kebangsaan Ke-69: Mengapa Anda Wajib Miliki Gold Bar Merdeka 2026 Public Gold!
  • Generasi 80-an dan 90-an: Saksi Pembatas Dua Dunia
  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
imunify-bot-check