Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sekarang musim kegawatan ekonomi yang sedang melanda dunia termasuk Malaysia sendiri.Bagi mereka yang sedang berkhidmat dengan swasta kemungkinan akan kehilangan kerja.Ketika ini juga sudah ramai yang kehilangan kerja dan masih mencari peluang pekerjaan bagi mengisi sesuap nasi mulut isteri , suami , ibu-bapa dan anak-anak.
Bagi mereka yang menghadapi situasi ini , harap bersabar dan terus berusaha kerana di Malaysia syurga peluang pekerjaan.Hanya kita sahaja yang malas.
Bagi mereka yang berkhidmat dengan kerajaan / kakitangan awam , masalah kehilangan kerja tidak mungkin akan berlaku.Wahai kakitangan awam , kau wajib bersyukur dengan nikmat yang diberi Nya.Memang tidak dinafikan berkerja dengan kerajaan terjamin masa depan.Kalau tidak manakan tidak “siswazah kita rela menganggur menunggu peluang berkerja dengan kerajaan”.
Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:
- Elaun perumahan.
- Cost of living allowance (COLA).
- Imbuhan tetap khidmat awam (Itka).
- Kenaikan gaji setiap tahun.
- Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan Cuti tahunan mengikut kelayakan.
- Cuti bersalin.
- Pinjaman perumahan.
- Caruman KWSP atau pencen.
- Bersara pada umur 58 tahun.
- Peluang kenaikan pangkat.
- Peluang melanjutkan pelajaran.
- Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa.
- Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga.
Tapi ramai yang kecundang semasa memohon jawatan sebagai kakitangan kerajaan/awam.Mengapa situasi ini berlaku , adakah kerana kouta permohonan yang banyak ? Mungkin ia boleh menjadi salah satu sebab tapi cuba tanya pada diri sendiri . Pernahkah anda membuat persedian semasa temuduga ? Jika tidak pernah pastikan anda memiliki ebook panduan / rahsia lulus temuduga SPA / kerajaan.
