Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Along Kejut Perut !

Posted on July 31, 2009July 31, 2009 by Sabri Ahmad

Sekarang Along kat Malaysia semakin kecut perut…mana tidaknya pihak kerajaan sedang membanteras habis-habisan.Tapi takut Along pada penguatkuasa erk….Aku rasa mereka sedikit pun tidak takut kerana ramai yang menyokong mereka…Antara mereka yang menyokong “peminjam”.Dah tahu meminjam dengan Along tu bahaya….nak juga pinjam.Kalau terdesak sangat nak pakai duit , pinjam lah dengan kawan , saudara mara atau dengan aku….So jalan penyelesaian terbaik bagi menghapus Along adalah “jangan pinjam dengan Along lagi”.Selagi ada peminjam selagi itulah Along wujud walaupun “Pinjaman Berlesen”.

KUALA LUMPUR 27 Mei – Zalim! Hanya kerana gagal membayar hutang, tiga lelaki diperlakukan seperti binatang apabila leher dan kaki mereka dirantai serta dikurung dalam ‘lokap’ buatan ah long.

Lebih kejam, mangsa hanya dibekalkan dengan sebuku roti untuk setiap dua minggu dan terpaksa minum air paip dalam bilik kecil yang dilengkapi tandas itu.
Malah, mereka turut dijadikan seperti hamba apabila dirotan jika cuba merayu, membuat bising atau meninggikan suara. Wang yang dipinjam pula bukanlah banyak mana, cuma di antara RM1,500 dan RM4,000 sahaja.

Kegiatan tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila polis menahan dua lelaki dipercayai ah long hasil maklumat awam, di sebuah bank di Desa Jaya, Kepong, dekat sini kira-kira pukul 11 pagi ini.Ketika ditahan suspek yang berusia 30 dan 33 tahun itu sedang membuat urusan pembayaran hutang.

Susulan daripada penahanan tersebut, polis menyerbu sebuah bangunan rumah kedai lima tingkat di Jalan PBS 14/2, Taman Perindustrian Bukit Serdang di sini, kira-kira pukul 2.30 petang.Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam serbuan di aras bawah itu, polis menyelamatkan tiga lelaki berusia 25 hingga 49 tahun yang dijadikan tahanan.Katanya, ketiga-tiga mereka ditempatkan dalam dua bilik yang diubahsuai seolah-olah seperti lokap polis. Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap mangsa turut menemui kesan-kesan lebam di seluruh badan, dipercayai menjadi mangsa dera ah long.

‘‘Berdasarkan keterangan mangsa, kita mendapati mereka dikurung antara 17 hari hingga dua bulan,’’ katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari iniTambah beliau, polis terpaksa meminta bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat dari Seri Kembangan untuk memecahkan mangga pada ‘lokap’ berkenaan dan rantai yang dipasang pada mangsa.Abdul Rahim menyifatkan tindakan ah long itu sebagai binatang dan tidak berperikemanusiaan kerana tergamak ‘memuatkan’ mangsa dalam bilik sempit seluas 1.2 meter X 1.2 meter tanpa aliran udara.‘‘Kami yakin dengan penahanan kedua-dua lelaki pagi ini, kumpulan ah long itu yang juga terlibat dalam beberapa kes di Lembah Klang telah ditumpaskan,’’ ujarnya.Beliau berkata, modus operandi sindiket itu ialah dengan mengurung mangsa sekiranya gagal membayar hutang sehinggalah ahli keluarga mereka melunaskannya.

Ditanya sama ada ahli keluarga mangsa ada membuat laporan polis mengenai kejadian itu, beliau memberitahu, kesemua mangsa dilaporkan hilang oleh keluarga mereka di Gombak, Kajang dan Segamat.‘‘Kami terima tiga laporan berhubung kehilangan mangsa-mangsa. Dalam laporan itu mereka mendakwa mangsa dilarikan ah long namun tiada sebarang maklumat mengenai mereka,’’ ujar beliau. Kes itu katanya, kini disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan peras ugut dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana mengurung secara salah.(SUMBER UTUSAN ONLINE 28 MEI 2009)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

3 thoughts on “Along Kejut Perut !”

  1. lia says:
    January 15, 2010 at 3:06 pm

    Hi..i skg dah tersepit sgt..dengan masalah kewangan…
    dalam otak nk pinjam along jer….huhuhuhhuu
    tolongla i..mal_lia21@yahoo.com

  2. zack says:
    March 2, 2011 at 10:43 pm

    kalu nak pinjam dengan hang ,hang nak bagi ker?
    kalu pinjam dgan along pon,kalu kita x miss bayar,dorang xder nak kacau kiter.
    siap boleh buat kawan minum skali lagi.
    yang jadi masalah ,ada yang liat nak bayar.
    itu yang sangat2 problem tu!!!!!

  3. zack says:
    March 2, 2011 at 10:56 pm

    saya ada pengalaman pinjam dengan pinjaman berlesen.
    dalam time terdesak,kita tak hiraukan kadar bunga yang ditetapkan.
    ape yang saya nak tegaskan di sini,sekali kita dan sign perjanjian dengan diorang, kita wajib patuhi syarat2 yang ditetapkan.
    diorang bukan kejam seperti along.
    sya buat pinjaman sbanyak 10k dalam tempoh 5 tahun.bulanan 268 sehingga 5 tahun n kadar bunga tetap sama.dalam tempoh 5 tahun sya membuat pembayaran sperti yang ditetapkan n tiada sebarang masalah ganguan dari syarikat tersebut.setelah selasai, semua perjanjian akan terbatal n sya tiada lagi berhubung dengan pinjaman berlesen tersebut.
    jika kita sangat2 terdesak,kita boleh pilih jalan selamat ke 2 iaitu dengan membuat pinjaman dari syarikat berlesen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp