Assalamualaikum dan Salam perkekenalan bagi mereka yang baru mengenali blog ini.
Adakah anda puas hati dengan blog ini ? Selaku admin blog ini , aku ingin mengetahui samada kehadiran blog ini memberi kepuasan kepada anda atau pun tidak.Aku tidak mahu blog ini menjadi blog kuasa mutlak kepada aku.Ada orang mengatakan admin merupakan kuasa mutlak dan forum merupakan kuasa demokrasi.
Walaupun aku sudah lama bergiat dalam dunia blogging namun gaya penulisan aku masih lemah.Almaklum ler aku bukan seorang sasterawan negara kerana aku orang teknikal.Orang mengatakan , orang teknikal susah untuk berkarya.Walau apa pun alasan , kecekalan dan usaha membawa kejayaan.
Baiklah , aku ingin bertanya pada anda semua:
Adakah anda puas hati dengan design / theme blog ini ?
Jika anda diberi pilihan , topik apa yang suka baca ?
Laju atau perlahan untuk layari blog ini ?
Apa yang anda suka tentang blog ini ?
Apa yang anda tidak suka tentang blog ini ?

tu perkara biasa bro, jgn risau sangat. Kekadang tulisan sampah pun ramai pengikut
Kadang2 bukan semua org suka dgn blog kita.. Tak kisahlah samada berpuluh, beratus, beribu mahupun berjuta pengunjung .. Yang penting kita puas hati dengan apa yang ditulis…
blog ni best bro, salah satu sbbnya sbb bro berani tulis isu2 kontroversi dan jarang ada yg mahu memberi pandangan peribadi ttg perkara tersebut.
tapi satu je, sbb bro cepat takut tengok komen2 panas. sy ada gak nampak, kalau ada yg yg bagi komen hot2 sikit bro terus delete entry tu. sbnrnya takde pape yg perlu ditakutkan bro.. tu perkara biasa dlm perbincangan blog. kalau tak, mcm mana blog mampu berfungsi sbg medium perluahan peribadi?
tapi itu cuma pandangan peribadi sy lah. tak tau la kalau bro ada alasan di sebaliknya, wallahualam. afterall, sumenye ok.. teruskan menulis yeah.. good luck!
memang kena delete kalau boleh mengundang kontroversi perkauman , agama dan keharmonian negara
betul bro tapi kadang-kadang kena jugak ambil tahu tentang pelawat,,nanti pelawat kata kita syok sendiri 🙂
betul ler bro..kadang-kadang blog tak der tulisan pun ramai gak pengikut seperti blog hanya ada gambar lucah dan seksi
emm.. klu gtu mgkn bro kne buat draft dan penapisan dulu kot b4 publish satu2 entry.. utk prevent perkara yg tak diingini berlaku 🙂
secara keseluruhan aku suka blog ni, ..banyak benda yang boleh dipelajari, dan aku percaya dalam tempoh 10 atau 15 tahun lagi semua orang perlu memiliki blog sendiri..tengoklah macam handphone tu…..teruskan perjuangan bro….steady
tq bro….hidup etomyam.agak-agak macam mana yea blog ni dalam masa 10 tahun lai erk…2020
Adakah anda puas hati dengan design / theme blog ini > ok jer !
Jika anda diberi pilihan , topik apa yang suka baca > apa yg bro update, sbab gua baca blog ikut hati suke ke tak author dia ..
Laju atau perlahan untuk layari blog ini > lambat, kadang-kala x dapat
Apa yang anda suka tentang blog ini > yup !
Apa yang anda tidak suka tentang blog ini > jarang update
yer ker lambat..bro guna broadband or streamyx ? jarang update…maklum ler sorang update 🙂
gua pakai celcom broadband .. kadang-kala x boleh buka pun, kena refresh byk kali .. bro pakai hosting mana ?
kalau saye, suka baca blog yang selalu update….
topic lak x kisah pe citer pun…