Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Cerita Anak-Anak Gaza Buat Anak-Anak Disini

Posted on March 15, 2009March 12, 2009 by Sabri Ahmad

Cerita Anak-anak Gaza buat anak-anak disini

Anak-anak disini bersorak sorai melihat bunga api dilangit
Diwajah mereka riang tak terperi
Anak-anak di Gaza lintang pukang berlari
Melihat langit berapi wajah mereka tergambar penuh ngeri

Anak-anak disini melambai-lambai tangan melihat kapal terbang
Anak-anak di Gaza bersembunyi dicelah batu didalam lubang
bagai anak ayam takutkan helang
Manalah tahu akan dibom nyawa pun hilang

Anak-anak disini selesa tinggal dalam rumah
Kata mereka “Rumah ku surgaku”
Tapi anak-anak di Gaza takut walau didalam rumah
Kata mereka “rumah ku boleh jadi pusara ku”

Anak-anak disini sering menangis malam
Kerana mengigau diganggu hantu syaitan
Anak-anak di Gaza juga menangis malam
tapi bermimpi kematian dan kemusnahan

Anak-anak disini penuh bercita-cita
Menjadi guru, doktor, jurutera kata mereka
Tapi anak-anak Gaza dihatinya penuh luka
Dendamnya terus membara
Didada mereka hanya ada satu cita-cita
Bebaskan Palastine dengan senjata apabila dewasa

Anak-anak disini sakit perut kerana terlebih makan
Anak-anak di Gaza sakit perut kerana tak cukup makan
Anak-anak disini dibesar dalam pelukkan kasih sayang
Anak-anak di Gaza ramai dibesar tanpa kasih sayang
Kerana ibu bapa mereka mati diserang

Anak-anak disini bersyukurlah kepada Illahi
Tidak perlu fikir apakah esok masih hidup atau mati
Anak-anak disini bersyukurlah kepada Illahi
Kerana hari ini kita masih bebas untuk bermain dan berlari
Anak-anak disini bersyukurlah kepada Illahi
Jangan sesama kita berkelahi
Jangan bermain api kelak terbakar diri sendiri
Kita juga yang akan rugi
Anak-anak disini……….

Hasmuji
Pejabat Bendahari
29 Jan 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp