Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Siapa Yang Menyamar Sebagai Adibah Ahmad

Posted on December 28, 2008June 23, 2022 by Sabri Ahmad

Aku baru sahaja selesai membaca artikel yang di tulis oleh saudara menj mengenai isu penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW yang ditulis dalam semua blog percuma.Siapakah makhluk yang tidak bertanggunjawab itu.Kalau betul kau seorang lelaki atau perempuan yang menyerupai manusia kau tidak akan menulis seperti itu.

Mereka yang berkenaan wajib membuat siasatan sehingga makhluk yang menyerupai manusia tersebut ditangkap.Janganlah angan-angan tahit ayam , bila media kecoh maka turut kecoh tapi resulnya menghampakan.

Satu lagi aku sependapat dengan chokilala supaya gambar Adibad Ahmad tidak disiarkan lagi kerana sudah terbukti bukan beliau yang bertanggungjawab.Lainlah kalau Adibah Ahmad inginkan “glamour” tapi aku rasa beliau sendiri tidak mahu “glamour” dengan isu seperti ini.

Luahan salah seorang rakan Adibah Ahmad yang aku copy dari blog menj.

Assalamualaikum.

Hello. Untuk pengetahuan semua, Adibah Ahmad adalah sahabat saya dari sekolah lagi. Sebagai sahabat beliau, saya terpanggil untuk membela beliau kerana saya tahu penulis sebenar CONFIRM bukan beliau.

Nak dikira logik, mana mungkin beliau sendiri menulis data peribadi dan no telefon tempat kerja apatah lagi memuatkan gambar-gambar sendiri. Cari nahas namanya. Hari-hari beliau dihujani dengan panggilan telefon di tempat kerja, sama ada yang ajak berjumpa, yang maki-hamun, tidak kurang juga yang meluahkan simpati. Bayangkan sudahlah sibuk dengan kerja, kemudian ditambah lagi dengan panggilan panggilan sebegini. Sudah tentunya mengundang depresi dan menganggu kehidupan peribadi. Nasib baik bos dan rakan sepejabat memahami, cuma syarikat tidak mahu nama mereka terbabit.

Adibah Ahmad yang sebenar amat menghormati agamanya sendiri. Mempercayai Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Beliau juga bukannya cetek pengetahuan agama, juga berketurunan baik-baik.

Saya amat pasti beliau dikhianati. Lebih 10 tahun saya mengenali beliau. Jadi, jangnlah ada yang cepat menjatuhkan hukum. Menaggilnya dengan kata kata yang tak elok dan sebagainya. Lebih lebih lagi sebagai orang Islam, seharusnya kita menyiasat kesahihan siapakah penulis sebenar terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan semua, sudah 5 laporan dibuat beliau (yang terakhir mlm semalam setelah ia tersiar di Buletin Utama), tapi hanya akhir akhir ini, baru kedengaran berita positive dari pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini.

Semoga kita mengaharpkan kebenaran terbukti, dan marilah kita doakan sama sama ketenangan bagi pihak Adibah Ahmad yang sebenar. Semoga yg menjadi dalang di sebalik blog jahat ini terbongkar juga.

Yang pasti, Adibah Ahmad juga tidak mengenali penulis blog jahat itu dan tujuannya berbuat begini.
Sememangnya, org begini memang bukan sahaja cetek akal, malah saya rasa mungkin menghidapi mental illness yang kritikal.

Marilah doakan agar segala-galanya dapat diselesaikan secepat mungkin. Insya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp