Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Inflasi Di Malaysia

Posted on August 12, 2008August 16, 2008 by aliza

Artikel saya kali ini akan menyentuh mengenai inflasi di Malaysia. Jika kita tengok sejarah inflasi di Malaysia pada tahun 1985 kadar inflasi hanyalah 0.4% tetapi telah meningkat kepada 4.7% dalam tahun 1992. tetapi telah menurun kepada 3.5% pada tahun 1995 dan 3.6% bagi sembilan bulan pertama tahun 1996.

Inflasi bermaksud suatu proses kenaikan yang berterusan dalam tingkat harga umum untuk semua barang secara menyeluruh dan serentak dalam ekonomi.Inflasi diukur melalui kaedah Indeks Harga Pengguna (IHP). IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan tahun semasa. Kadar inflasi pula adalah peratus perubahan paras harga barangan dan perkhidmatan tahun semasa berbanding tahun asas. 430 item barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh isi rumah akan di ambil kira oleh IHP.
[ad#advertlets]
Faktor penyebab inflasi:

terdapat empat jenis/faktor berlakunya inflasi

  1. Inflasi tarikan permintaan

– perbelanjaan kerajaan bertambah

– peningkatan pendapatan pengguna

– peningkatan pelaburan

– penurunan kadar cukai

2. Inflasi tolakan kos

– kenaikan kos pengeluaran

– kenaikan untung firma

– kenaikan upah buruh

3. Inflasi diimport

– peningkatan harga di luar negara

– penurunan kadar pertukaran wang

4. Jangkaan pengguna

Inflasi yang berlaku telah memberikan kesan positif dan negatif.

  • kesan positif – inflasi yang sederhana akan menggalakan pelaburan dari firma-firma dan sekaligus dapat meningkatkan penggunaan guna tenaga dan dapat mengurangkan kadar pengganguran. Golongan pemilik harta tetap, pemilik saham dan golongan peniaga akan menikmati keuntungan. Pertambahan pelaburan akan menambahkan keluaran negara jika ekonomi belum mencapai tingkat guna tenaga penuh. akibatnya pendapatan negara turut bertambah.
  • kesan negatif – tingkat harag umum meningkat dan pendapatan benar penduduk akan menurun da merendahkan kuasa beli pengguna. Golongan yang berpendapatan tetap, pemiutang dan orang yang menabung mengalami kerugian kerana firma telah mengurangkan pendapatan benar mereka.

Langkah-langkah membendung inflasi:

  • kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketet untuk kurangkan pertumbuhan penawaran wang di pasaran serta menetapkan kadar faedah yang tinggi bagi pinjaman yang dibuat oleh pengguna agar dapat menggelakan perbelanjaan awam dan mengetatkan syarat pengeluaran kad kredit.
  • Dasar Fiskal iaitu pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan, batrangan isi rumah, barangan elektrik, elektronik dan sebagainya.
  • kerajaan juga menggalakan persaingan yang lebih sihat agar industri dapat menghasilkan produktiviti yang tinngi. Sistem pengangkutan jugs harus diperbaiki untuk menggelakan kesesakan. Agensi -agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pertanian, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga di saran untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.

Kempen anti-inflasi juga patut digiatkan agar penduduk sedar dan merubah sikap supaya mereka dapat mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kadar inflasi ke tahap yang paling rendah. Di antara langkah-langkah yang dapat di ambil oleh penduduk di Malaysia ialah:

  • membeli barang buatan Malaysia
  • mengelakkan pembelian tidak di rancang
  • membali hanya barangan keperluan yang benar-benar diperlukan sahaja
  • menggalakan penjimatan dan menabung
  • mengurangkan pembelian dengan kad kredit
  • elakkan amalan pencatut (profiteering) oleh para peniaga
  • menggalakan pembentukan imej pengguna bijaksana..

Inflasi siafar dalam konteks Kempen Anti Inflasi yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah merujuk kepada usaha-usaha kerajaan mengakalkan paras harga bagi barangan dan perkhidmatan perlu yang biasanya digunakan oleh sebahagian besar rakyat di negara ini terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah seperti barang makanan, pengangkutan utiliti dan sebagainya.

http://www.sabah.org.my/bm/konsumer/panduan_pengguna/inflasi.asp
http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=EKO&b=JUN&m=2&r=m&i=NOTA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tweet

1 thought on “Inflasi Di Malaysia”

  1. ogyek says:
    August 17, 2010 at 3:35 pm

    sekarang rm50 da mcm takda makna da… masuk kedai pun rm50 da mcm 50sen jer…mahal sangat. smpaikan duit belanja sekola pn da kena potong sbb kenaikan hrga barang je..dala brg2 kat kantin sekola mmbebankan,,,tlg la…pulih kan mslh eko kat m’sia ne…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
  • PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp