Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Jangan Beli Emas Jika Belum Baca & Faham 10 Perkara Ini

Posted on May 12, 2016 by Sabri Ahmad

Sekadar nak berkongsi perkara penting buat pelabur emas dan perak iaitu tentang 10 kesilapan biasa pelabur emas. Saya berkongsi ni sebab saya perhati ramai yang buat kesilapan remeh dan sangat merugikan. Ia sepatutnya boleh dielakkan kalau dia ada ilmu. Kekadang saya terkilan juga kesilapan tu dilakukan oleh kawan-kawan rapat sendiri. Kalau dia tanya saya dulu sebelum mula membeli emas, saya rasa dia boleh elakkan, insyaAllah.

Pelabur emas mesti ikut nasihat pakar.

Jadi untuk elakkan kesilapan tu, saya dedahkan 10 daripada kesilapan biasa pelabur emas berdasarkan pengalaman saya sendiri yang sangat merugikan pelabura emas. Moga ianya bermanfaat:

1 – Melabur ikut-ikut tanpa ilmu

Bukan emas itu yang membuatkan kita kaya, tapi ILMU kita tentang emas tu yang boleh membuatkan kita kaya. Lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung yang akan kita dapat dalam mana-mana pelaburan sekalipun. Baca artikel-artikel tentang emas di blog ini, atau sekurang-kurangnya baca 1 buku pelaburan emas yang berkredibiliti sebelum bermula. Datanglah ke mana-mana seminar tentang pelaburan emas untuk belajar terus dari yang pakar.

2 – Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama

Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab anda belum ada benchmark (penanda aras) tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu sekurang-kurangnya sekeping syiling 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor perkembangan harga. Untuk makluman anda, penganalisis teknikal harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah. Apatah lagi kita orang biasa.

3 – Membeli barang kemas

Barang kemas PERHIASAN kurang sesuai untuk PELABURAN. Barang kemas dikeluarkan tujuannya ialah cantik dan menarik sedangkan emas pelaburan dikeluarkan untuk tujuan menjana keuntungan. (1) Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan, (2) kos upahnya boleh dimanipulasi oleh pekedai emas, dan (3) Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Kecuali barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas pelaburan Sri Ayu.

4 – Membeli emas pelaburan di kedai emas

Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. www.fgjam.org.my, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal (plastik kekal) dan tak boleh hilang resit dsb. Kalau buka seal, emas tu dianggap sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%!

syarat jual emas Poh Kong

Syarat jual balik emas Poh Kong. Mesti ada resit, dan seal berkeadaan baik.

5 – Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat

Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread (susut nilai) sekitar 5% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tak pakai sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun.

graf pergerakan harga emas 10 tahun

Harga emas ada turun naik dalam jangka pendek. Kalau beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat, pergerakan harga emas mungkin boleh mengganggu tidur malam yang lena.

6 – Pinjam duit untuk beli emas

Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik dilaburkan. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur. Saya tak syorkan buat pinjaman untuk beli emas melainkan orang yang susah disiplinkan diri menyimpan wang secara konsisten. Mungkin dengan cara buat pinjaman dan beli emas, dapat ‘paksa’ diri menyimpan.

pelaburan emas dengan pinjaman

Pelaburan emas terdedah kepada ‘risiko’ turun naik harga yang mungkin boleh mengganggu tidur yang lena bagi sesiapa membeli dengan duit pinjaman.

7 – Membeli emas ‘paling murah’, tanpa ambil kira faktor lain

Emas paling murah, jual balik pun murah. Emas paling murah tak semestinya terbaik untuk pelaburan. Emas yang dilelong di ar-rahnu belum tentu menguntungkan. Dakwaan ada kedai emas jual emas harga murah pun belum tentu menguntungkan. Kita kena ambil kira juga kadar spreadnya (susut nilainya), kadar upahnya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Kijang Emas BNM (dijual oleh Maybank) bukanlah yang paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.

8 – Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul

Terbukti, lebih ramai orang rugi berbanding buat untung dengan memajak emas di ar-rahnu. Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak secara mendadak, (2) Duit pinjaman ar-rahnu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Dan antara tips penting untuk memajak emas di Ar-Rahnu, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.

9 – Membuka sarung plastik kekal

Kebanyakkan emas pelaburan di bank diletakkan dalam bungkusan plastik kekal. Kalau nak buka, ia terpaksa dipotong dan bungkusan plastik itu akan rosak. Emas yang diletakkan dalam plastik kekal sangat cerewet. Bank yang menjual emas tak terima untuk beli balik kalau seal dibuka (potong atau gunting), calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak sebab ar-rahnu perlu buka plastik itu untuk ujian ketulenan! Dan kalau bank tak terima bila nak jual balik, anda akan rugi 25% sebab terpaksa jual emas tu sebagai ‘used gold’ di kedai emas.

emas kuwait finance house pamp suise

Emas yang dijual di bank biasanya berseal begini. Sekali buka seal, anda rugi 25%!

Syiling Kijang Emas keluaran Bank Megara Malaysia, dijual di Maybank.

Kijang Emas (Maybank) tak berseal. Tapi tak boleh hilang sampul & resit asal. Dan pastinya tak boleh calar, kemek dsb.

Emas public gold kemek calar

Ini emas versi lama keluaran Public Gold (tak sama dengan Public Bank). Public Gold jamin beli balik emas tu samada calar, kemek, atau bengkok dengan harga tinggi.

gold bar LBMA 10 gram

Ini emas Public Gold versi baru 2014 yang diiktiraf peringkat antarabangsa i.e. emas LBMA. Kalau buka seal plastik kekal, Public Gold jamin beli emas tu tapi dengan susut nilai 15%. Kalau seal masih baik, susut nilainya cuma 8% dan ke bawah.

10 – Menjual emas ditempat yang salah

Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat terbaik menjual emas ialah di mana anda membelinya sebab anda akan dapat harga tertinggi. Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold, bukan ke kedai emas atau kepada pengeluar lain. Kalau anda jual ke kedai emas, anda akan rugi sebab mereka akan kenakan spread (susut nilai) sekitar 25%, sedangkan kalau jual semua kepada Public Gold, spreadnya cuma sekitar 4.5% – 8% sahaja. Itulah ‘rule’ penting bila nak jual balik apa-apa jenis emas sekalipun. Jadi sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 thoughts on “Jangan Beli Emas Jika Belum Baca & Faham 10 Perkara Ini”

  1. azrin says:
    May 12, 2016 at 12:47 pm

    Ilmu penting supaya kita tidak tersasar dari niat hendak membeli emas dengan cara yang betul.

  2. Mohd Yusni Adam says:
    March 25, 2018 at 3:44 pm

    Assalamualaikum Tuan . Saya newcomer dalam dunia emas ini.. apakah yg terbaik untuk saya lakukan sebelum beli emas (keping) dimanakah yg terbaik untuk saya dapatkan
    nya
    . terima kasih ..

  3. Lany says:
    April 25, 2018 at 3:07 pm

    Assalamualaikum.. saya nak bertanya. Ada dengar pasal HelloGold.. Adakah ia boleh dipercayai?

  4. Sabri Ahmad says:
    June 25, 2018 at 3:51 pm

    ya pernah tapi saya tidak ada pengalaman n tidak cukup maklumat utk menyatakan samaada boleh dipercayai atau pun tidak.

  5. Pingback: Kali Pertama Beli Emas Public Gold Tahun 2009 | SabriAhmad.com - Menulis Kerana DIA
  6. Pingback: Dah Beli Emas Public Gold , Macam Mana Nak Jual Kembali – EmasKini.Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (603)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
  • Enam Kelebihan Utama Simpanan Emas
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme