Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Aduhai Sindiket Skim Cepat Kaya Terbongkar Lagi

Posted on July 30, 2010 by Sabri Ahmad

KUALA LUMPUR 28 Julai – Polis berjaya membongkar kegiatan satu sindiket penipuan skim cepat kaya selepas menahan 59 orang dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Petaling Jaya dekat sini malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ACP Rohaimi Md Isa berkata sindiket yang meminta para pelabur membuat pelaburan sehingga RM41,000 tiap seorang itu dipercayai memperdayakan orang ramai dengan menjadikan tawaran kereta mewah sebagai umpan.

Beliau berkata kegiatan itu terbongkar apabila polis melancarkan “Operasi Serama” yang disertai 82 anggota termasuk JSJK Selangor dan juga petugas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.



Katanya 50 lelaki dan sembilan wanita berumur antara 20 dan 30 tahun yang menduduki tahap higher level atau upline dalam sistem piramid yang dianjurkan itu
, ditahan semasa mereka mengadakan perjumpaan di sebuah restoran di apartmen itu.

“Dalam serbuan kira-kira pukul 11 malam itu, polis juga merampas 18 kereta mewah termasuk Mercedez Benz, Fair Lady, BMW dan Mazda yang digunakan untuk ”mengumpan” orang ramai menyertai skim ini,” katanya.

Rohaimi berkata, sindiket yang aktif sejak dua tahun itu mensasarkan orang ramai terutama golongan muda yang baru berkhidmat dalam sektor kerajaan untuk menyertai skim itu.

“Sindiket ini tahu, budak-budak muda ini mempunyai keinginan yang tinggi terhadap kereta-kereta mewah dan senang pula nak buat pinjaman,” katanya.

Menurut beliau modus operandi sindiket ini ialah dengan meminta mereka melabur wang mengikut pelan sehingga maksima RM41,000 dan mencari pelanggan yang dikategorikan sebagai downline bagi mencapai hasrat mereka bergelar jutawan.

Rohaimi berkata bagaimanapun orang ramai menyedari mereka tertipu apabila mereka tidak mendapat jumlah pulangan yang dijanjikan walaupun berjaya mendapatkan jumlah downline yang disasarkan.

“Sindiket yang mempunyai tiga kumpulan ini bergerak secara bebas dengan menggunakan restoran-restoran sebagai tempat perjumpaan dan bertemu dengan kumpulan upline bagi membincangkan perniagaan mereka.

“Kami terima dua laporan polis berhubung kes ini manakala kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pula terima 30 laporan,” katanya sambil menambah risikan ke atas kegiatan sindiket terbabit dilakukan sejak tiga bulan lepas.

Beliau berkata, kesemua 59 anggota sindiket itu direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 thoughts on “Aduhai Sindiket Skim Cepat Kaya Terbongkar Lagi”

  1. Sabri Ahmad says:
    July 30, 2010 at 3:33 pm

    nasihat saya : jangan cepat terpedaya dengan janji-janji manis , zaman sekarang penuh dengan tipu daya

  2. mancai says:
    July 30, 2010 at 4:27 pm

    salam singgah, bukan pelabur yang kaya, penipu tu yang kaya

  3. zZ says:
    August 3, 2010 at 2:07 pm

    rm41k tu.. jd agen PG berbaloi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (603)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
  • Enam Kelebihan Utama Simpanan Emas
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme