Ramai orang mempunyai impian untuk hidup senang dan bahagia di dunia serta akhirat.Sebelum menempuh alam akhirat setiap manusia wajib menempuh alam dunia.Untuk hidup bahagia di akhirat kita wajib membuat apa yang disuruh dan meninggal apa yang dilarang oleh Allah S.W.T.
Berbalik kepada isu hari ini adalah mengenai bolehkah jadi jutawan internet.Ramai orang yang ingin jadi jutawan.Tidak kira jutawan internet , jutawan kereta , jutawan kedai makan , jutawan budu , jutawan barang terpakai , jutawan hartanah dan sebagainya.Tapi berapa ramaikah yang benar-benar tercapai cita-cita tersebut.Susah sangat ke nak jadi jutawan ? Saya belum pasti sejauh mana susah dan senang bergelar jutawan.Mungkin anda boleh tanya salah seorang jutawan internet muda Malaysia iaitu saudara Irfan Khairi.
[ad#adsense468x60]
Bagi sesetengah kita , nak jadi jutawan susah manakala sesetengah orang nak jadi jutawan senang.Bagi saya sendiri ada susah dan ada senang.Banyak bidang yang boleh diterokai untuk menjadi jutawan.Salah satu cara untuk menjadi jutawan paling cepat adalah melalui perniagaan internet.Golongan ini dipanggil jutawan internet seperti saudara Irfan Khairi.
Setiap perniagaan yang ingin diceburi , kita wajib memilik ilmu.Tanpa ilmu tidak mungkin kita akan berjaya.Ilmu boleh diperolehi melaui bahan bacaan , belajar sendir atau guru dan pengalaman.Begitulah juga dengan perniagaan internet , tanpa ilmu dan panduan perniagaan internet tidak mungkin kita berjaya.

Kita sedang mencuba berguru dgn budak Irfan ni. Setakat ini jumlah pelawat memang sudah naik [bertambah]. Duit? Insya Allah.