Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Gila Seorang Model

Posted on September 21, 2008April 20, 2016 by Sabri Ahmad

Saya terbaca satu artikel yang disiarkan dalam Sinar Harian.Artikel ini menarik perhatian saya dari membaca isu-isu politik yang memenatkan kepala.Apa yang saya ingin kongsi disini bukan berlaku di Malaysia tetapi di Italy.

Seorang model berumur 20 tahun di Itali, Raffella Fico merancang untuk menjual daranya pada harga satu juta euro (RM4.9 juta).“Saya tidak sabar melihat orang yang sanggup mengeluarkan bayaran itu bagi memiliki saya,” katanya kepada sebuah majalah di Itali.Fico, yang pernah muncul dalam siri Big Brother versi Itali awal tahun ini, mahu menggunakan wang itu untuk membeli sebuah rumah di Rome dan membiayai kelas lakonan.“Saya tidak pernah mengadakan hubungan seks,” katanya kepada majalah Chi.Dia yakin akan dapat mengatasi masalah dengan cepat jika lelaki itu seorang yang hodoh.
“Jika saya tidak menyukainya saya hanya perlu minum segelas wain dan melupakan tentang hal itu,” jelasnya.Fico bercita-cita menjadi seorang aktres dan dia berasal dari Naples iaitu tempat kelahiran aktres Sophia Loren.Keluarganya menegaskan dia masih mempunyai dara walaupun memiliki wajah menarik dan imej seksi.“Dia tidak pernah mempunyai teman lelaki,” kata seorang anggota keluarganya.
Model itu bukan wanita pertama menjual daranya untuk sejumlah besar wang.Seorang pelajar berumur 18 tahun di Amerika, Natalie Dylan baru-baru ini memberitahu rancangan Howard Stern dia akan mengadakan hubungan seks buat pertama kali dengan bayaran AS$1 juta untuk membiayai yuran kolejnya.Sumber Sinar Harian.

[ad#advertlets]

Di negara kita sendiri juga ada yang menjual minyak kelapa dara tetapi tidaklah semahal itu dan secara pasaran gelap.Begitulah jadinya bila rakyat mempunyai hak kebebasan terlampau.Mungkinkah Malaysia akan pergi sejauh itu?Satu lagi kelebihan yang ada pada Malaysia adalah “jual dara secara percuma”.Tunggu episod akan datang mengenai “jual dara secara percuma”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (605)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (134)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Semarak Hari Kebangsaan Ke-69: Mengapa Anda Wajib Miliki Gold Bar Merdeka 2026 Public Gold!
  • Generasi 80-an dan 90-an: Saksi Pembatas Dua Dunia
  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme