Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Implikasi Cukai Emas ( GST )

Posted on April 24, 2014 by Sabri Ahmad

Public Gold marketing Sdn. Bhd. (Public Gold) akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi membincangkan implikasi cukai terhadap barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% yang dikenakan dalam industri logam berharga pelaburan (investment precious metal – IPM) termasuk jongkong emas dan perak.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold Datuk Louis Ng berkata, jawatankuasa yang dianggotai 11 orang membabitkan pengusaha emas, bank dan peniaga emas itu bertujuan menyuarakan pendapat terhadap implikasi sebenar apabila cukai berkenaan dikenakan.

Beliau berkata, dalam senario pasaran emas dunia global, negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Hong Kong, New Zealand dan Australia tidak mengenakan GST berbanding Amerika Syarikat (AS) yang hanya mengenakan GST terhadap pembelian lebih AS$1,000 (RM3,300) serta United Kingdom yang hanya mengenakan 20 peratus Value Added Tax (VAT) untuk perak.

1970714_687528057950082_1003647399970483168_n

Katanya, GST dilihat boleh menyebabkan kadar inflasi negara meningkat secara one-off atau sekali saja pada peringkat awal pelaksanaannya serta mampu memberikan reaksi kejutan pasaran apabila peniaga menaikkan harga dan pengguna pula panik dengan perubahan harga serta tidak mahu melakukan pembelian.

“Saya berpendapat, IPM perlu dikecualikan GST kerana emas tergolong dalam elemen yang diiktiraf sebagai aset kewangan penting seperti instrumen kewangan lain yang aktif didagangkan termasuk saham dan bon.

“Ia bukan sebagai elemen yang membabitkan kos pembuatan, fesyen dan tidak berpandukan harga emas antarabangsa serta memiliki berat dan kualiti disahkan pakar ketulenan emas (assayer).

“Dari segi pelabur pula, implikasi GST tidak akan menjadi nilai pelaburan utama kerana mereka tidak mahu menghadapi masalah kewangan yang boleh menjejaskan risiko inflasi, pertukaran mata wang luar negara dan nilai mata akan jatuh,” katanya, semalam.

Louis berkata, implikasi itu mampu mengundang pembelian emas dan perak pada pasaran haram termasuk berlaku penyeludupan emas seperti implikasi yang pernah berlaku di India dan sudah pasti tiada kemasukan keuntungan pada mata wang negara, sebaliknya memberi keuntungan luar dalam pembelian emas dan perak secara haram.

Beliau berkata, negara akan menghadapi kerugian termasuk membabitkan peniaga emas berikutan ketiadaan pembeli dan pada masa sama, implikasi GST dijangka turut menimbulkan keraguan apabila ia boleh dikaitkan dengan isu syariah dan fatwa selain menggalakkan pelaburan emas hanya pada kertas bukannya emas fizikal yang dimiliki sendiri.

“Kami harap jawatankuasa khas ini akan membentangkan segala usul dan ia akan diterima pakai oleh kerajaan untuk menimbangkan segala aspek sebelum GST dikuatkuasakan pada 1 April 2015,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Implikasicukaiemas//Article/article_print

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (603)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
  • Enam Kelebihan Utama Simpanan Emas
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme