Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • UTAMA
  • ABOUT
  • PUBLIC GOLD OFFICIAL
  • PGMALL OFFICIAL
  • PUBLIC GOLD
    • Panduan Nak Mula
    • Akaun Emas GAP
    • Outright Normal Purchase
    • Syariah Easy Payment Purchase
    • Jadi Dealer
    • DAFTAR
Menu

Jongkong Emas Fizo Love Mawar

Posted on November 11, 2013 by Sabri Ahmad

Selepas sehari bertunang, pelakon kacak Fizo Omar akhirnya sah bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim (Mawar), dengan sekali lafaz, sekitar jam 9.32 pagi tadi.

Majlis ijabkabul telah diadakan kediaman keluarga pengantin perempuan yang terletak di Country Heights, Kajang dan disiarkan secara live menerusi program Nasi Lemak Kopi O, di TV9.

Pemilik nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar, 28, telah dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Ulu Langat, Ustaz Mohd Arif Abdul Samad berwalikan Hakim Pejabat Agama Islam Ulu Langat.

gambar khawin fizo dan mawar

Mawar, 24, menerima mas kahwin sebanyak RM506.Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Fizo menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian si isteri pula menyarungkan cincin kepada suaminya.

Aktor yang kini rancak dengan perniagaan serunding dan burger ini memberi 9 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa tas tangan lelaki, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, Plat motor MF120, helmet, sebuah motosikal Ducati Multi Spread (1200 cc) dan laptop.

Sebagai balasan, Mawar menerima 7 dulang hantaran daripada pengantin lelaki mas kahwin, jam tangan, tas tangan, cincin berlian putih, sebuah vespa, jongkong emas bertulis ‘Fizo Love Mawar’ seberat 1.011kg iaitu simbolik kepada tarikh perkahwinan mereka hari ini.

jongkong-emas-fizo-dan-mawar

Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih rekaan Datuk Razuwan Radzwil. Fizo segak berbaju Melayu dan Mawar anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional.

Majlis yang diadakan dengan penuh istiadat Melayu dan meriah ini dihadiri seramai kira-kira 1000 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat dan para wakil media.

Menariknya kunjungan rombongan pihak lelaki diiringi 30 buah motosikal Ducati dari Ducati Club Malaysia.

Selain itu seramai 7 artis popular iaitu, Iqram Dinzly, Johan As’ari, Fahrin, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Karl Shafek, Nazim Othman dan diketuai oleh Datuk Rosyam Nor ini ditugaskan membawa dulang hantaran dari pihak lelaki.

Fizo dan Mawar telah mengikat tali pertunangan pada 9 November 2013 dan majlis telah diadakan di kediaman sama.

Terdahulu, keluarga Fizo telah menghantar rombongan merisik pada 28 Ogos lalu selepas hampir setahun pasangan ini berkenalan.

Pada 28 Oktober lalu, Fizo telah melakukan gimik dengan melamar Mawar di panggung wayang Cathay @e-Curve, Damansara.

Majlis resepsi pasangan kedua mempelai ini akan diadakan pada Disember depan di Kelantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur selepas mereka pulang dari berbulan madu di Eropah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate (5)
  • Analisa Harga Emas (37)
  • Ar-Rahnu (24)
  • Bisnes (10)
  • Cerita Emas (453)
  • Dinar Emas (24)
  • Dirham Perak (2)
  • eBook (2)
  • Ekonomi (17)
  • General (603)
  • Islam (8)
  • Isu Semasa (6)
  • Kewangan (16)
  • Motivasi (11)
  • Promosi (8)
  • Public Gold (133)
  • Rahsia Emas (39)
  • Sejarah (4)
  • Seminar (6)
  • Silver (5)
  • Simpanan Emas (3)
  • Skim Cepat Miskin (7)
  • Tone Excel (4)
  • Usahawan Internet (10)

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Drama Bersiri Squid Game Dijadikan Kad Gold Game Public Gold
  • Enam Kelebihan Utama Simpanan Emas
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme