Assalamualaikum semua sahabat…..Bulan lepas saya menemui satu lagi cabang jana duit melalui internet.Mungkin perniagaan ini masih baru dikalangan kita namun perniagaan ini sudah lama wujud.Apakah nama domain ?
Secara mudahnya, nama domain atau dalam bahasa Inggerisnya “Domain Name” ialah alamat laman web yang anda taip apabila ingin mengakses sesebuah laman web. Sebagai contoh anda ingin melawat laman web KeajaibanPenjimatan.com, maka anda akan menaip www.keajaibanpenjimatan.com di Browser yang anda gunakan.
Nama domain ibarat seperti alamat sebuah rumah di mana alamat tersebut hanyalah untuk rumah tersebut sahaja. Dalam erti kata yang lain, alamat tersebut hanya khas untuk rumah tersebut, dan tiada alamat yang sama di tempat yang lain.
Contoh paling mudah ialah alamat rumah anda yang mana alamat itu hanya untuk rumah anda, bukan untuk rumah orang lain.
Nama domain digunakan bagi mengakses sesebuah akaun Hosting atau dalam erti kata lain, mengakses Server untuk tujuan tertentu seperti melawat laman web atau untuk melakukan proses upload/download File.
Apabila kita menaip nama domain atau URL domain tersebut, sistem Internet akan mencari ‘rumah’ (Hosting) untuk ‘alamat’ (domain name) tersebut. Jadi, tujuan nama domain ialah untuk mengenalpasti di manakah laman web berada, atau untuk membolehkan Server diakses. Inilah tujuan asas nama domain.
Nama domain adalah unik dan tidak boleh ada dua atau sama. Apabila sesuatu nama domain itu telah didaftarkan, maka tiada lagi orang lain yang boleh mendaftar untuk kegunaan mereka. Seperti yang dikatakan, nama domain adalah unik (seperti alamat rumah).
Hakikatnya, nama domain yang anda fahami (boleh dibaca dan dieja) itu sebenarnya adalah terdiri daripada nombor-nombor yang unik. Ia dikenali sebagai No. IP. Contohnya seperti 66.94.234.13.
IP Address (alamat IP) adalah ringkasan kepada Internet Protocol Address. Anda tidak perlu tahu mendalam mengenai hal ini, tetapi cukup memadai mengetahui no. ip adalah ‘alamat’ unik untuk sesebuah Server.
Maksudnya, No. IP itu adalah ‘alamat’ untuk satu Server. Teknologi Internet memahami No. IP. Apa-apa teknologi seperti komputer, alat digital dan sebagainya tidak memahami bahasa yang manusia gunakan, jadi bahasa-bahasa yang difahami oleh ‘mesin’ (teknologi/alat) akan digunakan agar ia boleh berfungsi.Sumber Asal: Apa itu Nama Domain (Domain Name)? | Julmazli Dot Com
Sekarang anda sudah tahu mengenai apa itu domain name.So bagi mereka yang ingin turut serta explorer bersama saya menceburkan diri dalam perniagaan jual beli domain name , apa kata dapatkan ebook panduan memulakan perniagaan ini.Dengan hanya modal RM35 anda mampu bergelar Jutawan Domain.
