Skip to content

SabriAhmad.com

Aku Tulis Apa Aku Rasa Nak Tulis

Menu
  • Home
  • Public Gold
  • PGMall
  • SOHO
    • Akaun Emas Public Gold ( GAP )
    • Public Gold
    • Sambal Hitam Pahang Aliza
Menu

Harga Petrol, Diesel, Gula Dan Gas Naik

Posted on July 16, 2010 by Sabri Ahmad

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.

Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:

* Petrol RON 95 – RM1.85 seliter.
* Diesel – RM1.75 seliter.
* Gula – RM1.70 sekilogram
* Gas LPG – RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG – dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG – dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG – dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.Malaysiakini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 thoughts on “Harga Petrol, Diesel, Gula Dan Gas Naik”

  1. Motivasi Kerja says:
    July 16, 2010 at 11:35 am

    Kerajaan BN = Barang Naik

  2. twenty-six says:
    July 18, 2010 at 1:32 pm

    “Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.”

    retorik lama yang diguna berulang2 kali..hahah

  3. ladiesman217 says:
    August 2, 2010 at 3:06 am

    biasa lah .. bila minyak naik je ataw harga barang naik je mula banyak je bunyi2 bising yang tak menyedap kan hati .. semua nih menunjuk kan melayu hidup nak senang je .. sbb tu melayu susah nak berjaya …

    “Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.”

    cuba lah bersyukur dgn apa yang ada .. berjimat cermat lah kalau dah taw subsidi minyak dah dipotong .. lagi pun sampai bila nak mengharap kan subsidi je ? dah la kerajaan bagi subsidi .. bila potong sikit je masyarakat dah melenting … cuba la korang jadi perdana menteri malaysia .. korang pun akan buat benda yang sama ..
    kesimpulan nye , bersyukur lah .. kerajaan dah tolong banyak ..

  4. Sumandak Kinabalu says:
    August 4, 2010 at 12:03 pm

    sedang dalam proses menyesuaikan diri dengan kenaikan Harga Petrol, Diesel, Gula Dan Gas…

  5. tentang internet says:
    October 16, 2010 at 12:13 am

    ohh bagusla cmni..mcm ni la baru dikatakan malaysia negara maju, berpendapatan tinggi…Belanja tinggi…

  6. FirhanAbqari says:
    October 29, 2010 at 2:26 pm

    rakyat di negara ni terlalu manja … asyik hendak disuapkan dengan subsidi .. itu pun tidak tahu bersyukur …

  7. woit.. says:
    February 26, 2011 at 9:27 pm

    sedar diri sikit firhan abqari..orang miskin cmne?ko nk tlg derma ke bagi kt diorang? ada ko thu?
    duit kerjaan ko thu kt mne dblnjakan?siapa yg blnja semua tuh?
    SISTEM KAPITALIS la yg mnyebabkan rkyat kita trsepit
    akal cetek..

  8. TanyaLelaki says:
    March 17, 2011 at 3:18 am

    alamak.. cite lama dh ni.. owner g mane ni

  9. seth says:
    May 11, 2011 at 4:39 am

    Bangsat.. tak fikir ke susahnya rakyat2 dari golongan berpendapatan rendah? susahnya mereka apabila harga barang asas dinaikkan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Follow Us!

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on YouTubeFollow Us on Instagram

Simpan Emas Fizikal Cara Mudah

Akaun Emas Fizikal

Buat Duit Dengan PGMall

  • Affiliate
  • Bisnes
  • Bitcoin
  • eBook
  • General
  • Islam
  • Isu Semasa
  • Jual Blog
  • Kesihatan
  • Marketing
  • Motivasi
  • PGMall
  • Public Gold
  • Sejarah
  • Seminar
  • Simpanan Emas
  • Skim
  • Tone Excel
  • Usahawan Internet
  • Vlog
  • Yamaha Y15ZR

Telegram Saya

Categories

My Network

  • Hosting by RockSoft
  • PGMall-Online Shopping Marketplace
  • Public Gold
  • Simpanan Emas Fizikal

Recent Posts

  • Test
  • ATM Emas Public Gold
  • Dilema Seorang Blogger Tahun 2024
  • Public Gold Sasar Pendapatan RM5 Bilion Tahun Ini
  • Buat Income Mudah dan Bina Empayar Bisnes Dengan Mudah PG Mall
  • Doa Ibu Untuk Neelofa dan PU Riz bakal disatukan Mac tahun depan
© 2026 SabriAhmad.com | Powered by Superbs Personal Blog theme